Kisah seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital tular di media sosial, hari ini.
Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari ini memuat naik sebuah klip video memaparkan tiga jururawat berada di samping warga emas itu dengan seorang daripada mereka mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. “Sebelum ditidurkan aunty (mak cik) ini minta disyahadahkan dua kalimah,” tulisnya dalam kapsyen hantaran tersebut malam ini. Wanita itu kelihatan melafazkan kalimah suci itu satu persatu dengan agak lancar tanpa menghadapi masalah. Dalam pada itu, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung dalam satu hantaran di laman Facebook beliau berkata, warga emas itu semakin beransur sihat dan dia tidak ditidurkan.
Loading FB Post... “Seorang daripada anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan di Sabah,” tulisnya. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen seorang pemilik akaun Facebook bernama Azlinah Awlynn tampil mengaku dirinya merupakan menantu kepada warga emas itu. Menurut wanita itu, ibu mertuanya kian beransur pulih meskipun sebelum ini disahkan doktor berada dalam fasa kritikal. Kebanyakan netizen menyifatkan wanita itu sangat beruntung kerana diberi hidayah dan mendoakan kesembuhan wanita itu. Sumber: K! ONLINE
|
Buritan: Hidayah itu mmg milik Allah.. Dia boleh bg dan Dia boleh tarik balik.. ygbkn isle terpikat dgn isle.. yg isle pulak terpikat jd lgbt... terus langgar ...
Buritan replied at 20-9-2021 10:44 AM
Sayu pulak aku tengok video ni.. dah jd dewa sayu pulak aku hari ni.. koh koh
LadyCarefree replied at 20-9-2021 11:55 AM
Kesianlah mereka yg Allah tarik balik. Dah takdir kah? Kalau gitu janganlah kutuk even yg xpakai ...
nononcrux replied at 20-9-2021 03:37 PM
bur, tu mmg cara kau gelak ka? dah mcm kucing aku tercekik bulu dah..
ADVERTISEMENT