Pelakon terkenal dari Hong Kong, Donnie Yen berkata, dia terbuka untuk melakonkan apa sahaja watak yang ditawarkan dalam drama atau filem.
Donnie, 58, bagaimanapun menolak untuk melakonkan aksi intim termasuklah babak di ranjang kerana enggan melukakan hati isteri dan anak-anak. Malah, dia tidak kisah jika ada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan pendiriannya itu, lapor Tabloid. "Saya tidak mahu anak-anak melihat adegan ranjang bapa mereka ketika mereka sedang membesar," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Ip Man ini berkata, keputusannya itu bukanlah dipengaruhi isteri, Cissy Wang, sebaliknya kerana rasa hormat. "Tidak ada lelaki di bumi ini yang takutkan isteri, cuma rasa hormat itu ada," ujarnya. |
my_irina replied at 20-9-2021 11:17 AM
Selain Keanu Reeves...Donnie Yen ni pun antara penarik utama dlm JW4..x sabar nak tgk!!!!
my_irina: Selain Keanu Reeves...Donnie Yen ni pun antara penarik utama dlm JW4..x sabar nak tgk!!!!
ADVERTISEMENT