Kesiannya Nabila Razali! Bagai jatuh ditimpa tangga apabila dia sekali diuji selepas kedai ayam goreng dipecah masuk. Berkongsi berita sedih di Instastory, penyanyi itu memaklumkan saluran YouTube miliknya Nabila Razali Entertainment digodam mengakibatkan akaun dengan hampir 400,000 pengikut itu lesap! Lebih menyedihkan, video muzik lagunya yang paling berjaya iaitu Peluang Kedua turut hilang dari YouTube. "Hancur hati saya. Team saya sedang berbincang dengan pihak YouTube untuk menyelesaikan masalah ini.
"Bella harap dapat balik saluran tu. Korang tolang doakan," ujarnya sedih menerusi IG Story. Sementarara itu, pengurusnya, Mohd Asrul Abdul Talib berkata kepada mStar bahawa kehilangan akaun itu hanya disedari selepas dimaklumkan peminat menerusi di Twitter. "Pagi ini ada pengguna Twitter memberitahu mengenai akaun YouTube Nabila hilang... mereka tanya kena godam ke sebab dah tak ada. "Saya semak emel dan mendapati ada video yang dimuat naik tanpa pengetahuan kami telah diturunkan pihak YouTube kerana terdapat pelanggaran terma dan polisi laman tersebut. "Emel kedua pula memberitahu saluran YouTube itu sudah ditutup. Kita pun tak tahu apa punca sebenar, sekarang ni team kami sedang usaha mendapatkan semula akaun itu," katanya kepada mStar. Asrul juga menyuarakan kebimbangannya jika akaun itu tidak dikembalikan dan ditutup selama-lamanya. Sedihnya dah tak dapat tengok MV Peluang Kedua. - CARI
|
kakigojes replied at 20-9-2021 06:08 PM
Sekali hacker jawab:
Maaf, andai kau terluka, maaf aku tak sengaja tanpa sedar sakitimu…Sesal ak ...
Eliadaisy83 replied at 20-9-2021 07:05 PM
Sampah la dia ni..berlakon mcm tahi, nyanyi sumbang mengalahkan kodok.
akuHavocczz replied at 20-9-2021 09:59 PM
Jahat tak kalau iols rasa ni marketinggg
ADVERTISEMENT