CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Rentas Negeri Tidak Termasuk Dalam Kelonggaran SOP - Datuk Seri Hishammuddin Hussein

20-9-2021 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6199| Komen: 44

Kelonggaran untuk merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19, esok.


Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri diteliti Jawatankuasa Khas Pemulihan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kelonggaran merentas negeri, semuanya bergantung kepada fasa dalam PPN negeri yang berkenaan, tetapi syor datang daripada menteri bertanggungjawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik serta Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19.

"Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19 diadakan esok dengan agenda utama memfokuskan terhadap usaha mempermudahkan 181 prosedur operasi standard (SOP) kepada 10 SOP sahaja, selain memberi tumpuan terhadap naratif menjelang fasa endemik yang bermula hujung Oktober ini," katanya.



Foto: Berita Harian

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas melancarkan Program Vaksinasi COVID-19 'Back to School' peringkat Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Pada program itu, seramai 255 pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn menerima suntikan vaksinasi.

Manakala baki 675 pelajar sekolah berkenaan dijangka selesai menerima suntikan pada 24 September ini.

Keseluruhannya, sejumlah 5,887 pelajar berusia 12 hingga 17 tahun di sekolah di dalam kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima pelalian masing-masing.

Hishammuddin berkata, Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet COVID-19 esok membabitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan beliau sendiri.

Katanya, dua menteri dijemput untuk berbincang dalam mesyuarat kedua esok iaitu Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

"Kementerian Pelancongan akan memberi taklimat mengenai status terkini projek perintis gelembung pelancongan Langkawi dan potensi gelembung pelancongan yang lain.

"Manakala Kementerian Belia dan Sukan akan memberi taklimat mengenai potensi kelonggaran lain di dalam sektor sukan.

"Saya faham ramai yang keliru mengenai SOP yang terlalu banyak, jadi usaha meminimumkan jumlah SOP itu dapat membantu memudahkan pemahaman setiap orang," katanya

Hishammuddin berkata, perbincangan bersama Radzi pula akan dijalankan minggu depanmengenai pelaksanaan vaksinasi bagi pelajar serta perkembangan terkini proses dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam pembukaan sekolah.

"Ini adalah kerjasama inklusif membabitkan semua pihak yang diberi tanggungjawab dan saya yakin usaha begini penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat supaya terus membantu menjayakan agenda penting kepada masa depan negara. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 20-9-2021 07:01 PM
maksudnya apa? dah siap lemas luggage dah ni
Quote krustykrab 20-9-2021 07:07 PM
Dah tu yg rentas tol gombak berjimba tu pa cer?
Quote insulin 20-9-2021 07:09 PM
edayildiz replied at 20-9-2021 07:01 PM
maksudnya apa? dah siap lemas luggage dah ni

Kereta dah siap servis atau belum? atau balik sskjp naik bas?
Quote Belibis 20-9-2021 07:11 PM
edayildiz: maksudnya apa? dah siap lemas luggage dah ni

Maksudnya beksin tidak menjamin apa2...
Quote edayildiz 20-9-2021 07:13 PM
insulin replied at 20-9-2021 07:09 PM
Kereta dah siap servis atau belum? atau balik sskjp naik bas?

takpe naik keta adik
Quote edayildiz 20-9-2021 07:14 PM
Belibis replied at 20-9-2021 07:11 PM
Maksudnya beksin tidak menjamin apa2...

ohhh

Quote 3chanceno 20-9-2021 07:17 PM
Nie untuk marhaen je atau termasuk kayangan? #tanyajer  jgn saman acik tau
Quote TeropongThaico 20-9-2021 07:38 PM
Loh tak boleh lagi ke
Quote sarah_ary2 20-9-2021 07:40 PM
Dahlah bas pun xde nak balik kg
Quote OyaTonggek 20-9-2021 08:20 PM
duluuu ckp kalau dh beksin 2dose..rentas negeri akn dipertimbangkan..aku ni siap nunggu je news ni sbb nak balik kampung..skali ni yg aku dgr. celabi!!!
Quote orkid_amani 20-9-2021 09:48 PM
Celaka sungguh ya menteri yg main kan perasaan maheran dgn ayt rentas negeri bila dah cukup 2dose. Hat kayangan tu belum tentu cukup 2dose dok berjimba2 bertebaran diseluruh pelusuk bumi.
Aii mula2 Xnak register sbb takut efek vaksin ka baby..tapi mentua dah complete 2dose. Katanya kalau completed 2dose boleh rentas negeri{:laugh{:laugh bodoh gitu ja kita kena kencing dgn menteri
Quote JohnyEnglish 20-9-2021 10:15 PM
Mereput la sampai 80% rakyat dpt 3 dose
Quote Nham22 20-9-2021 10:28 PM
Belibis replied at 20-9-2021 07:11 PM
Maksudnya beksin tidak menjamin apa2...

Mmg xpernah menjamin ape2x pon...
Quote Atata 20-9-2021 11:20 PM
Kan dia sbut tu bgantung dengan fasa negeri masing2 so ok la. Ikutla mung dari negeri mana nak masuk negeri mana, cek fasa negeri tu dah benarkan rentas atau belum
Quote nakkomenjugak 21-9-2021 02:54 AM
Alohhhhhhh nak ke perakkk
Quote noor2 21-9-2021 07:38 AM
So ...boleh x aku nak melancong ke Kuala kangsar gitu...bukan balik kg tapi melancong...


Apa beza pun kan...
Quote AbukRokok 21-9-2021 07:49 AM
7 bulan je lagi nak raya gays
its rael gays
Quote me12345 21-9-2021 07:57 AM
Sibuk jaga rakyat rentas negeri..org keluar masuk haram seludup negara jaga ke tak?
Quote gekkou 21-9-2021 08:00 AM
untunglah datin yang p rentas p janda baik tu dah selamat lari ke dubai
untunglah jadi vvip

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.065110 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top