Ramai yang masih tertanya-tanya mengenai cerita sebenar yang Caprice hebahkan sebelum ini, isu panas yang mengaitkan nama individu berperangaruh dan disebalik kerja jihad yang diperkatakan masih menjadi perbualan orang ramai sehingga hari ini.
Menariknya salah seorang pengikut Caprice, menyentuh soal isu tersebut dan meluahkan agar kebenaran dapat di bongkarkan. Dan menjawab soalan tersebut, Caprice menjelaskan bahawa Malaysia belum bersedia untuk mengetahui hal tersebut tetapi percaya suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar jua. “Malaysia belum bersedia untuk itu. Tapi InsyaAllah satu hari.” Selain itu, salah seorang pengikut Caprice ada menyoalkan apa yang membuatkan penyanyi ini untuk kekal kuat walaupun orang ramai cuba menidakkan apa yang dilakukannya.
Caprice menjelaskan lagi kuat orang nak jatuhkan atau menolak dirinya, semakin kuat dirinya cuba melawan dan bangkit. “Lagi kuat mereka cuba, lagi kuat saya tolak.” Menerusi perkongsian Caprice di Instagram Story, ramai pengikutnya bertanya bagaimana Caprice cuba kekal positif setelah apa yang berlaku. Menjawab soalan tersebut Caprice hanya menjelaskan secara ringkas, tiada apa yang penting melainkan memperjuangkan apa yang dipercayai. “Tiada apa yang penting, apabila anda berjuang terhadap sesuatu yang anda percayai.” Bukan itu saja, ada juga pengikut Caprice memberi nasihat agar bersabar menghadapi ujian yang dilaluinya. Melihat pesanan positif tersebut Caprice luah, akui apa yang dilakukannya sukar namun percaya bahawa perjuangan tersebut harus dilakukan. “Memang susah…. Cuma kita fikir balik, kalau Caprice tak teruskan siapa saja akan buat?”
|
edayildiz: abam cap blh tak bila bercakap jgn bahasa kan diri caprice..i xsuka la lelaki bercakap bahasa kan nama..ponen sgt...uol cakap la i or aku
edayildiz replied at 20-9-2021 07:36 PM
abam cap blh tak bila bercakap jgn bahasa kan diri caprice..i xsuka la lelaki bercakap bahasa kan n ...
matbad replied at 20-9-2021 08:02 PM
hahaha nampak kurang kejantanan disitu
edayildiz replied at 20-9-2021 08:17 PM
khenzz geli la..
edayildiz replied at 20-9-2021 07:36 PM
abam cap blh tak bila bercakap jgn bahasa kan diri caprice..i xsuka la lelaki bercakap bahasa kan n ...
dudaberhias replied at 20-9-2021 08:25 PM
Mujur dia tak bahasakan diri dia Abam, lagi geli geleman iols dengan orang duk bahasakan diri abam ...
ADVERTISEMENT