CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dari Tukang Masak Jadi Penggali Kubur Mangsa Covid-19

20-9-2021 07:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2691| Komen: 6

Sungai Petani: Tugas sebenarnya adalah tukang masak di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang menyediakan hidangan kepada sukarelawan mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 secara percuma.


Namun, terdapat keinginan pada jiwa Faridah Said, 63, menyertai Skuad Hang Cangkul selepas setiap hari melihat sukarelawan melakukan kerja amal menyebabkan dia nekad bersama mereka menguruskan jenazah pesakit Covid-19, mulai semalam.

Foto: Harian Metro
Faridah yang mesra disapa Mak Lang mengakui begitu teruja setiap kali mendengar pengalaman diceritakan anggota skuad terbabit apabila bertemu ketika menghantar bekalan makanan.

Selain itu, dia ingin melihat sendiri kerja mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 hingga membuatkannya tertarik dan pernah memohon menjadi sebahagian sukarelawan Skuad Hang Cangkul.


Namun, ketika itu hasratnya untuk turut sama menyertai skuad itu ditolak berikutan faktor usia selain dibimbangi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.


Bagaimanapun, hasrat Faridah tercapai apabila diberikan peluang menyertai pasukan terbabit, semalam, dan dia mengakui puas kerana dapat melaksanakan impiannya selama ini.

Menurutnya, faktor usia bukan penghalang buat dia untuk menyertai Skuad Hang Cangkul yang melakukan kerja mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 di tanah perkuburan.

"Boleh dikatakan semua pasukan sukarelawan ini sebaya anak saya dan mereka pada awalnya memang tidak yakin dengan kemampuan saya untuk bersama disebabkan faktor usia.

"Namun, mungkin kerana melihatkan kesungguhan saya yang kerap meminta untuk merasai pengalaman melakukan kerja amal terbabit membuatkan mereka membenarkan saya turut serta mengurus dan mengebumikan jenazah," katanya.

Faridah berkata, dia berpuas hati kerana akhirnya dapat merasai pengalaman bersama Skuad Hang Cangkul mengurus dan mengebumikan dua jenazah wanita pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, di sini, semalam.

"Saya sempat mencangkul tanah bersandarkan kudrat yang ada selain memegang tali digunakan untuk menurunkan keranda ke dalam liang lahad.

"Bagi saya, tugas itu sudah mencukupi kerana apa yang lebih penting dapat merasai pengalaman melakukan kerja pengebumian selain memberi rasa keinsafan buat diri kerana satu hari nanti saya juga akan tinggal di sini (kubur)," katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana diterima dalam Skuad Hang Cangkul dan selepas ini akan terus mengikut mereka melakukan kerja mengurus serta mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.

Sementara itu, Ketua Operasi Skuad Hang Cangkul, Muhammad Ridzuan Osman berkata, Faridah yang dianggap sebagai ibu kepada semua sukarelawan skuad itu, sebelum ini memang menyatakan hasrat bersama menyertai mereka mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.

"Melihat kesungguhan dan keinginan disuarakan hampir setiap hari, kami akhirnya bersepakat memberi peluang kepadanya untuk bersama melakukan kerja pengebumian jenazah.

"Walaupun warga emas, kudrat dimilikinya memang luar biasa dan dia mampu melakukan kerja sama seperti kami," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 20-9-2021 07:29 PM
hebatnya acik larat lagi ke tu..tacodd la kang gali2 jmpa tengkorak..
aritu i jmpa nenek mcm umo 60an kerja jd cashier kt petronas...kesian
Quote matchstick 20-9-2021 07:30 PM
Bagus nye mak cik..byk pahala. Tubuh pun dpt exercise. Semoga diberikan kesihatan selalu
Quote 3chanceno 20-9-2021 08:20 PM
Tugas yang mulia...kalau ziarah kubur & lihat penggali kubur tengah siap2kan liang lahad atau buat kerja2 menimbus kubur dengar tanah, rasa insaf & teruja dengan mereka kerna tugas yang dilakukan bukan mudah
Quote HappyGumbira 21-9-2021 12:08 AM
semoga makcik terus dikurniakan kesihatan yg baik
Quote Ayda89 21-9-2021 12:38 AM
Bagusnya puan ni. Semoga dilimpahkan rezeki & dipelihara Allah hendakNya
Quote nakkomenjugak 21-9-2021 02:52 AM
Moga diberi kerahmatan dan kesihatan yang baik

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054199 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top