Jakarta- Nama pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) baru-baru ini menjadi hangat selepas beliau memuat naik gambar-gambarnya ketika waktu muda sehingga ada dalam kalangan netizen yang menyamakannya dengan lelaki dari Korea Selatan, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Dalam satu daripada gambarnya yang dikongsikan di Instagram miliknya, netizen meluahkan rasa kagum mereka melihatkan rupa paras UAS yang kelihatan kacak dan bergaya. Gambar yang dirakam pada tahun 2005 di Ifran, Maghribi itu memaparkan UAS memiliki rambut yang agak lebat dengan keningnya yang tebal. “Ustaz mirip ‘oppa’ Korea,” komen seorang netizen. “Rambut UAS jika pendek kelihatan seperti Bruce Lee,” kata seorang lagi netizen. Sebelum ini, UAS pernah beberapa kali berkongsikan gambarnya ketika waktu muda sambil mengenang memori bersama rakan-rakannya ketika belajar di luar negara. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT