Ciptaan peralatan berkhatan paling cepat iaitu dalam masa seminit mengangkat nama Datuk Dr Siew Kuang Chong, 78, sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa bulan lalu. Menurut pakar bedah plastik itu, alat rekaannya bukan sahaja efisyen, bahkan ia selamat digunakan selain kos penghasilannya rendah.
Siew Kuang tidak menyangka inovasi yang mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk disiapkan merangkul pingat emas dan anugerah khas di 6th Annual International Invention Competition in Canada (iCAN) 2021 di Toronto, Canada pada 28 Ogos lalu. Circumstar-1 bukan sahaja memenangi pingat emas, malah turut dipilih sebagai antara 10 ciptaan terbaik dalam kalangan 700 penyertaan dari seluruh negara. “Pertandingan ini adalah anjuran Toronto International Society of Innovation & Advanced Skills (TISIAS) dan saya menghantar penyertaan secara online,” ujarnya.
Jelas beliau, Circumstar-1 itu adalah 100 peratus produk buatan tempatan dan ia diilhamkan dari peralatan berkhatan sedia ada sebelum ini dan mendapat sentuhan yang ditambah baik menjadi lebih efisyen. “Dengan menggunakan alat ini, ia hanya mengambil masa seminit berbanding peralatan berkhatan saya cipta sebelum ini iaitu tiga minit dan ia tanpa jahitan. “Ia adalah selamat sepenuhnya dan proses penyembuhannya juga agak cepat iaitu dalam tempoh tiga minggu berbanding kebiasaannya sebulan,” katanya. Sumber: K! ONLINE
|
kelapaparut replied at 21-9-2021 08:24 PM
alat berkhatan melayu , cina yg cipta..xmalu ke melayu, ape innovation melayu utk bangunkan negara, ...
Decaffeinated replied at 22-9-2021 11:31 PM
nak tanya satu
atuk ni sendiri sunat tak?
akusukaq replied at 21-9-2021 11:52 PM
Bukan orang Melayu je berkhatan oi, bangsa bukan Islam pun ramai di eropah sana. Utk jaga keber ...
MissYouSayang replied at 21-9-2021 11:13 PM
X payah ar .nanti pupus lak budaya khatan style melayu.at least tok mudim still ade job kerat2 ni
Xim replied at 22-9-2021 11:58 PM
So far, ini komen paling bijak dan menggunakan akal sebaik2nya....
ADVERTISEMENT