CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 'Dera' Katak, Peguam Bela Bimbang Tertuduh Cenderung Cuba Bunuh Diri

21-9-2021 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2047| Komen: 2

Selepas dua bulan, seorang remaja sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seekor katak.

Today Online melaporkan, Ralph Wee Yi Kai, 19, didakwa dengan sengaja menyeksa katak dan menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu pada 24 Disember tahun lalu.



Gambar hiasan

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Sentosa Cove dengan meletakkan katak di atas meja foosball (bola sepak meja) sebelum melemparkan bola dengan kuat ke arah haiwan berkenaan.

Berdasarkan dokumen mahkamah, haiwan itu mengalami kecederaan selepas terkena bola dan mati tidak lama kemudian.

Julai lalu, Wee didakwa masuk ke kandang di Zoo Singapura pada 17 Disember tahun lalu dan memuat naik video aksi backflip di TikTok.

Biarpun sudah dipadam daripada akaun TikTok miliknya, video itu tetap tersebar secara dalam talian.

Tidak jelas adakah insiden terbaharu itu berlaku di kediamannya dan siapa pemilik katak berkenaan.

Rakaman video Instagram Story mengenai insiden sama turut tular di media sosial menunjukkan sekumpulan remaja melepaskan katak hidup dan memukul bola di atas meja.

Salah seekor katak dilihat cuba 'mengelak' terkena pukulan.

Sementara itu, peguam bela Wee, Shashi Nathan menyatakan kebimbangan anak guamnya mempunyai kecenderungan melakukan cubaan bunuh diri.

Shashi memberitahu mahkamah, Wee berada di Institut Kesihatan Mental pada Isnin dan meminta supaya direman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi.

Hakim Daerah, Terence Tay mengakui perkara ini dan memerintahkan pihak penjara maklum mengenai hal itu dan menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 13 Oktober depan. 


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 22-9-2021 12:47 AM
Strikes again!
Quote edayildiz 22-9-2021 12:55 AM
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Sentosa Cove d

ok la ank ongkaya lapar perhatian

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.260693 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top