Rasa ingin makan atau buat sesuatu benda pelik dalam fasa kehamilan bukanlah benda yang direka-reka wanita. Malah, sebelum ni pernah tular kisah seorang wanita hamil yang merajuk kerana suaminya tidak dapat menunaikan permintaannya yang mengidamkan sebuah Lamborghini.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki bernama Raja Zulyadiy sempat memuat naik rakaman dia mengusik isterinya yang hamil. Menerusi perbualan mereka, difahamkan isterinya mengidam untuk memiliki sebuah kereta mewah ‘Ferrari’. "Doakan saya teman-teman semoga tauke kedai terima duit saidina saya demi beli kereta Ferrari untuk isteri tercinta," tulisnya. Siapa sangka hantaran berbentuk gurauan tersebut bagaimanapun mengundang kecaman termasuklah menyifatkan isterinya gila harta.
Walau bagaimanapun, Raja menjelaskan adalah tidak salah untuk berangan memandangkan mereka juga bekerja keras. Meskipun hanya bergelar ‘tauke ikan’, namun tiada apa yang mustahil. "@dark_meerqeem, kami pun nak jugak. Hmm apa pendapat anda? Sila komen," ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan kecaman yang membuta tuli berkenaan. Ramai menegur sikap sesetengah individu yang terlalu mengambil serius gurauan suami isteri tersebut. Sumber: Kisah Dunia |
ADVERTISEMENT