CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masa Hamil Hati Berbunga Je, Sarimah Tak Sedar Ada Tanda Kemurungan

21-9-2021 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4702| Komen: 18

Melalui keperibadian penuh dengan aura positif, siapa sangka penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kini Kau Tiada iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim pernah melalui detik kemurungan selepas bersalin.


Tidak berselindung di sebalik keceriaan dan kebahagiaan pada kaca mata umum, penyanyi dan pengacara itu berkongsikan kisah dialaminya dengan harapan dapat membantu insan lain.


Kredit foto: IG Sarimah

Kata ibu kepada seorang cahaya mata itu, segalanya bermula dua tahun lalu selepas melahirkan anak perempuannya yang ditunggu-tunggu seluruh keluarga, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia dua tahun.

“Saya mempunyai kesukaran untuk tidur, rasa bimbang, bertukar pendiam, cepat berpeluh dan hilang selera makan tanpa sebarang sebab.

“Pada ketika itu saya tidak sedar pun gejala sebegitu sebenarnya tanda awal kemurungan sedangkan ketika hamil saya menikmati setiap momen dengan hati berbunga-bunga," ujarnya kepada Kosmo Online.



Bermula dari situ, Sarimah menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan berasa amat bertuah kerana dikelilingi ahli keluarga yang peka serta mengambil berat tentang perubahan dirinya.

“Insan terdekat yang mendorong saya berjumpa doktor bagi mengenal pasti keadaan kesihatan mental dan fizikal saya,” katanya yang bersyukur pertemuan dengan pakar menjadi solusi terbaik dalam menangani masalah berkenaan.



Berkata kepada Kosmo, Sarimah juga berharap konteks kesedaran tentang isu masalah mental diperluas, sekali gus menghilangkan rasa rendah diri agar individu yang terjejas tidak malu meminta bantuan.


Sumber: BeautifulNara/Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 21-9-2021 02:48 PM
Dia ni cantik + cerdik di mata meolls.
Kulaan niring napa tak ku rihing?
Quote MsPercy 21-9-2021 04:27 PM
I always like her. Tp yg dia list kan tu betul ker tanda depression?
Quote teen_angelJB 21-9-2021 04:38 PM
Lama xdgr suara dia sebb aku xde media soc selain forum ni
.hihi...
Quote melatibiru 21-9-2021 04:41 PM
MsPercy replied at 21-9-2021 04:27 PM
I always like her. Tp yg dia list kan tu betul ker tanda depression?

Ya, betul.
Quote matbad 21-9-2021 06:21 PM
teen_angelJB: Lama xdgr suara dia sebb aku xde media soc selain forum ni.hihi...

best sbb tak semak kan
Quote Guccibamboo 21-9-2021 06:46 PM
KamikuP: Dia ni cantik + cerdik di mata meolls.Kulaan niring napa tak ku rihing?

Die banjar + Scottish kan
Quote bankerpencen 21-9-2021 10:38 PM
Guccibamboo replied at 21-9-2021 06:46 PM
Die banjar + Scottish kan

I rasa Irish, not Scottish... seingat I la
Quote sweetpea911 21-9-2021 10:56 PM
Rindu suara kak mah jd dj.. dulu pagi2 dengar mix sebab nk dengar kak mah & ron.. dj yg x cakap merapu dan ada isi
Quote Suchi 21-9-2021 11:00 PM
Rasa bimbang mcm lebih kepada anxiety or maybe dia ada kedua2nya.
Anxiety ni lawan kepada depression tp kalau ade kedua2nya mmg seksalaa
Ada masa ko rasa bimbang gagal tapi dlm masa sama ko bleh plak rasa mcm takmo la buat apa2 semangat pun takde.
Quote Meiizu 21-9-2021 11:24 PM
I kurang paham org depresssion ni mcmana..gara2 ramai sgt suka claim depression .
Apa yg i paham tak paham "apa yg susah sgt hidup diorang?:
Quote None68 22-9-2021 09:03 AM
Nmpk ceria x sangka ada depression
Quote minahmanja 22-9-2021 09:37 AM
KamikuP replied at 21-9-2021 02:48 PM
Dia ni cantik + cerdik di mata meolls.
Kulaan niring napa tak ku rihing?

bahasa apa tu u... bugis ke..?
Quote minahmanja 22-9-2021 09:38 AM
Meiizu replied at 21-9-2021 11:24 PM
I kurang paham org depresssion ni mcmana..gara2 ramai sgt suka claim depression .
Apa yg i paham ta ...

kat tiktok tu ramai yg ade anxiety, muda2 pulak tu.. kesian... kdg terfikir mcm mana boleh tetiba dpt anxiety tu... byk nau problem agaknya...
Quote KamikuP 22-9-2021 09:39 AM
minahmanja replied at 22-9-2021 09:37 AM
bahasa apa tu u... bugis ke..?

Bahasa banjar dek non..
Quote minahmanja 22-9-2021 10:20 AM

ohh.. selalu nmpk sticker kulaan2 ni kat blakang keta.. hahaha.. jb ni ramai banjar gak...
Quote Cassieopeia 22-9-2021 10:26 AM
yela ritu jumpa dia kurung keding nau tp skrg ok dh kot
Quote wandacoffee 22-9-2021 10:45 AM
anxiety and depression ni kekdg kita tak sedar,betul la mcm Sarimah ckp tu...bukan susah ke senang hidup...its part of your personality juga...

ade yg jenis pembersih..tetiba kleuarga jenis pengotor...ngadap mende tu bertahun pon boleh lead to depression..trauma masa kecik,ayah garang nak mampus pukul2..stress dgn fan..high hope org kat kita...etc2..semua lead to anxiety and depression ni...bykla reason..

ikut limit org...apepun kalau sesape claim depression ke...kalo org terdekat,monitor them...at least diorg voice something..betul atau tak..lets monitorla..bawak jumpe doc etc..

Jgn menganjing je kijenya...kang tergantung tgh living hall..baru la ckp depression is real...
Quote KamikuP 22-9-2021 11:31 AM
minahmanja replied at 22-9-2021 10:20 AM
ohh.. selalu nmpk sticker kulaan2 ni kat blakang keta.. hahaha.. jb ni ramai banjar gak...

Kulaan tu maksud dia 'adik beradik atau saudara-mara' bau bau bacang mcm sskjp ekekek  

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.086539 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top