Seorang wanita terkejut dan tidak menyangka dia diusir dari sebuah restoran hanya kerana menyusukan bayinya. Kejadian itu berlaku di Restoran Greek Islands di Anacortes, Washington, di mana Ruby Meeden dan suaminya, Aaron telah merancang untuk bertemu dengan keluarga mereka dan menikmati makan malam.
Sementara menunggu ahli keluarga yang lain tiba, anak lelaki mereka, Rhett, yang berusia tiga hari, merengek kelaparan dan Ruby mula menyusukannya. "Ketika menyusukan Rhett, saya menutupnya dengan kain dan kami duduk menghadap dinding," kata Ruby. Namun, tidak semena-mena pemilik restoran menghampiri meja mereka dan menghalau tiga beranak itu pergi tanpa memberi apa-apa penjelasan, dan hanya memberitahu agar jangan kembali lagi ke restorannya.
Selepas episod memalukan itu, Aaron meninggalkan ulasan di dalam talian (online) atas pengalaman buruk mereka di restoran berkenaan. Pemilik restoran itu membalas ulasan Aaron dan menggelar isterinya sebagai 'haiwan' selain turut menghina bayi mereka. "Jangan datang ke restoran saya untuk menyusukan bayi anda," balasnya. Setelah hantaran tersebut menjadi viral, sekumpulan ibu yang berang menganjurkan demonstrasi di luar restoran berkenaan kerana tindakannya yang memalukan dan bersifat diskriminasi. -CARI Sumber: India.com
|
AyaqMeloSuam: Owner tu igt depa gelandangan kot tumpang mnyusu baby dlm premis kot?
Dwdrum replied at 22-9-2021 08:44 AM
Baby baru 3 hari sudah berani bawa keluar sekarang.... Mesti yang halau cranky oldman...
Dwdrum replied at 22-9-2021 08:44 AM
Baby baru 3 hari sudah berani bawa keluar sekarang.... Mesti yang halau cranky oldman...
Suchi replied at 21-9-2021 05:02 PM
Omputeh takde pantang2 kan, rasa sihat lepas kuar sepital selamba je kan depa dah kuar jln2 bawak ...
naina replied at 21-9-2021 05:06 PM
Omputih mana kisah pantang2 ni..
Orang melayu je lah pantang jalan kepit keluar g sepital cek kun ...
bottombikini replied at 21-9-2021 05:10 PM
omputeh pun pandai malu tutup dgn kain
yg melayu berkerak di sini bangga menayang nenen menyusuka ...
yondu replied at 22-9-2021 09:00 AM
cabaran bfeed anak. belum campur dkt tmpt kerja lagi. wlaupun pam susu dkt meja sndiri, tetap la rak ...
yondu replied at 22-9-2021 09:00 AM
cabaran bfeed anak. belum campur dkt tmpt kerja lagi. wlaupun pam susu dkt meja sndiri, tetap la rak ...
Dwdrum replied at 22-9-2021 09:20 AM
Tiada pantang... Memang boleh saja keluar exercise jalan jalan ke park itu semua... Tetapi sekaran ...
Dwdrum replied at 22-9-2021 09:23 AM
Anak 3 hari itu perlu consent mak bapa....sini lepas beranak 2 weeks sudah masuk kerja.... I kena ...
ADVERTISEMENT