CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Anak Gadis Cantik Sebagai Pelaris Warung Cendol- Dulu Tak Laku, Sekarang Kena Masak 20kg Beras

22-9-2021 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8631| Komen: 44

Sebuah warung cendol di wilayah Jawa Timur ternyata memiliki ‘pelaris’ tersendiri sehingga dapat menarik kedatangan ramai pelanggan untuk pergi ke gerai tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.


‘Pelaris’ tersebut ialah anak kepada pemilik warung itu, Sabrina Dwi Istiqomah yang turut membantu membuat cendol di situ.

Menurut gadis yang masih belajar di sekolah menengah itu, warung yang diusahakan keluarganya itu pada awalnya tidak memiliki pelanggan yang ramai.

Foto: IG

Keadaan itu bagaimanapun berubah selepas dia mula mempromosikan kedai makan tersebut di Instagram sehingga ramai pelanggan mula memenuhi warung mereka.

“Saya menghasilkan pelbagai bentuk kandungan mengenai warung ini agar lebih dikenali masyarakat sekeliling.


“Selepas memuat naik kandungan-kandungan tersebut, warung ini mula diserbu orang ramai,” katanya yang kini turut bergelar selebriti media sosial.



Sementara itu, bapa Sabrina, Fathurozi berkata, dia berasa gembira kerana warung miliknya kini didatangi oleh ramai pelanggan selepas menjadi popular hasil promosi yang dilakukan anaknya.

“Saya tidak menyangka bahawa warung ini akan mendapat sambutan seperti ini daripada pelanggan dekat dan jauh, bahkan ada pembuat kandungan YouTube dari Jakarta yang datang ke sini,” katanya.



Tambah Fathurozi, disebabkan terlalu ramai pelanggan, setiap hari isterinya perlu memasak sehingga 20 kilogram beras bagi memenuhi kapasiti pelanggan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 22-9-2021 08:56 AM
gunakan media sosial dgn cara yg btol
Quote ally9970 22-9-2021 09:01 AM
So what is so big deal about daughter promoting kat socmed?
Quote matchstick 22-9-2021 09:10 AM
Rambut tu mmg nk kena jurai2 kt depan baru nmpk lawa ke
Quote JohnyEnglish 22-9-2021 09:13 AM
Cendol asal indon ka Malaysia?
Quote mawar_mustika 22-9-2021 11:18 AM
lemah lembut btul die letak bhn2 dlm bekas huhuuhu
Quote insulin 22-9-2021 11:57 AM
Muka je lawa tapi kalau cendol tak sedap pun sekali je la aku datang.
Quote scorpionkiki 22-9-2021 11:59 AM
Cantik anak dia..
Quote tumpanglalu74 22-9-2021 12:04 PM
matchstick replied at 22-9-2021 09:10 AM
Rambut tu mmg nk kena jurai2 kt depan baru nmpk lawa ke

Pake susok belakang tengkok bawah tocang..
Quote noor2 22-9-2021 12:05 PM
Sedap nama sabrina
Quote jelitayu 22-9-2021 12:16 PM
yes cantik.
semoga murah rezeki dan barang2 jualan nya betul2 sedap & dapat tarik hati pelanggan utk repeat.
Quote Artemesiaa 22-9-2021 12:23 PM
Baguslah bantu naikan ekonomi keluarga sama macam kat sini asal viral je ramai pelanggan
Quote Jorja 22-9-2021 12:45 PM
Comel lote nya dia.. org puan jawa sana memang lawa kan.. sama mcm org puan kt pasir mas
Quote DayangKirana 22-9-2021 01:43 PM
letak anak cantik molek nak tarik customer tu common things.

but she's underage girl (still at school), tak rasa tu morally wrong ker?
then put up pulak her videos gedik2 geletis prepare drinks kat socmed dgn tujuan nak promo his kedai..
rase yg tertarik sure ramai pedo..
Quote vespa_oren 22-9-2021 02:13 PM
Kt tempat aku ini ramai lawa2 mcm ini mix philipine kebanyakan diaorg jika tempat chszey mix dusun lagilah
Quote axl_bach 22-9-2021 02:27 PM
insulin replied at 22-9-2021 11:57 AM
Muka je lawa tapi kalau cendol tak sedap pun sekali je la aku datang.

Mmg tu pun konsep makanan viral ni,  xder org nk pulun repeat kalau x sedap....

Sumer acah2 nk join bandwagon jer
Quote axl_bach 22-9-2021 02:29 PM
DayangKirana replied at 22-9-2021 01:43 PM
letak anak cantik molek nak tarik customer tu common things.

but she's underage girl (still at sc ...

Bkn ayah dia yg letak,  rasanya budak Brina ni pun mmg instavidu ni dia yg up buat content dlm insta dia sendiri
Quote cheezel 22-9-2021 03:11 PM
ramai indon dtg malaysia jd pembantu gerai, bibik. secara tak langsung bawa resipi blk indon. pstu claim semua
Quote sekngucing 22-9-2021 03:20 PM
Kelantan- thai..lama dah guna cara ni..pomouan yg jaga warung

Tp di pantai barat..yg layan org sini rata rata mamak hitam berbulu... selera ya korang...
Quote sekngucing 22-9-2021 03:22 PM
noor2 replied at 22-9-2021 12:05 PM
Sedap nama sabrina

Sabrina ahli sihir remaja....

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055068 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top