CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Anak Yatim Tapi Pandai Ambil Kesempatan,"- Individu Songlap RM70k Milik Andi Bernadee Direman

22-9-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5883| Komen: 24

Susulan laporan polis terhadap seorang rakan yang didakwa pecah amanah, penyanyi Andi Bernadee berkata kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile​ berkata individu berkenaan direman selama tiga hari dan dibebaskan pada minggu lalu.




"Buat masa sekarang kes masih dalam peringkat siasatan dan belum ke mahkamah tapi tinggal satu peringkat saja barulah akan ke mahkamah.

"Individu tersebut sudah direman tiga hari sekitar minggu lalu. Sehingga kini saya belum terima lagi duit yang dia sudah ambil," katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 25 Ogos lalu, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Foto: IG



Susulan itu, penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dakwa Andi individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

Dalam pada itu, Andi memberitahu duit yang diambil individu tersebut merupakan bayaran yang sepatutnya diterima menerusi drama terbaharu berjudul Perisik Cinta Tak Diundang.

"Duit yang dia ambil itu merupakan bayaran untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang. Hasil titik peluh saya bekerja dari awal tahun.



"Tapi saya percaya satu benda... mungkin bukan rezeki saya dan duit boleh cari. Tapi saya bersyukur juga benda ini terjadi kepada saya.

"Sekurang-kurangnya saya nampak benda ini awal sebelum saya terima tawaran dengan bayaran yang lebih besar," ujarnya.



Sementara itu, penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu menganggap apa yang berlaku merupakan kesalahannya sendiri yang terlalu mudah mempercayai orang.

"Apabila jadi macam ini, saya salahkan diri saya dahulu sebab terlalu mudah kesian dan percaya dekat orang.



"Sebab cara saya kenal dia pun berdasarkan simpati saya sebab dia anak yatim tapi tak sangka dia ambil kesempatan terhadap saya," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 22-9-2021 09:39 AM
70k... masyuk gak yer jadi pelakon nih..
drama ni heols jadi hero ekk?
Quote KamikuP 22-9-2021 09:42 AM
Nobody can be trusted yaa tu chuolls kene ingat
Quote slyfynx 22-9-2021 09:46 AM
Tajuk tu kurang sesuai la,
Sbb Andi just cakap die tolong sbb anak yatim.
Die mencuri ke, hape ke, xde kaitan dgn die anak yatim atau x
Quote krustykrab 22-9-2021 10:00 AM
Sesorg individu tu layak digelar anak yatim hingga umur brp ye?
Bukan pe, sb sku teringat mak aku asyik panggil jiran dia yg dah kawin beranak pinak tu ank yatim.mmg sheol kematian parents masa belasan tahun tp iol pening knp masih digelar anak yatim wpun dh kawin.
Quote TomyamPuteh 22-9-2021 10:10 AM
So btul la spekuan si AH tu ye. Beliau mmg kematian ayah pun thn lepas.
Quote doubleharmonic 22-9-2021 10:48 AM
krustykrab replied at 22-9-2021 02:00 AM
Sesorg individu tu layak digelar anak yatim hingga umur brp ye?
Bukan pe, sb sku teringat mak aku a ...

sheol patut digelar ibu yatim? bini yatim? acik yatim? dah timang cucu kena panggil pulak nenek yatim?
Quote krustykrab 22-9-2021 10:53 AM
doubleharmonic replied at 22-9-2021 10:48 AM
sheol patut digelar ibu yatim? bini yatim? acik yatim? dah timang cucu kena panggil pulak nenek ya ...

Entah...tu yg aku tanya..sebaliknya ko pulak yg tanya aku..
Quote husna_amal 22-9-2021 10:54 AM
Pengajaran buat diri jangan mudah percaya dengan orang lain.
Quote kechikchomel 22-9-2021 11:04 AM
krustykrab replied at 22-9-2021 10:00 AM
Sesorg individu tu layak digelar anak yatim hingga umur brp ye?
Bukan pe, sb sku teringat mak aku a ...

iolss teringat masa kat poli dulu. ada sorang lecturer ni tanya, siapa kat dalam kelas tu anak yatim? sebab ada program apa ntah masa tu.
pastu dia cakap...ni tak boleh panggil anak yatim lagi dah! dah tua bangka masing2

Quote takayama 22-9-2021 11:07 AM
krustykrab replied at 22-9-2021 10:00 AM
Sesorg individu tu layak digelar anak yatim hingga umur brp ye?
Bukan pe, sb sku teringat mak aku a ...

smp umur 15 tahun lps tu xdelah dipanggil anak yatim sbb dah dewasa pun, ini ikut cara Masjid dan surau dlm membahagi sumbangan pd anak2 yatim lah
jiran mak chuols tu dah x patut dipanggil anak yatim lg sbb dah terlebih umur... hahahahaha
Quote takayama 22-9-2021 11:09 AM
x baik lah Cari MRO ni buat tajuk sbb si Andi xde ckp pun bdk tu amik kesempatan tp dia kesian kt bdk tu sbb dia anak yatim
Quote ell2026 22-9-2021 11:10 AM
i suka andi bernadee..lagu sedap & kreatif..berlakon not bad..tp i nampak karakter dia berubah2...bila menyanyi and dlm video clip dia nampak mcm budak2 zaman skrg ni lah...tp bila berlakon mcm laki matang 30's and kelakar...maybe watak dlm drama la kot...tak hensem tp adalah karisma tu maybe sbb dia takla nampak jambu mcm most pelakon skrg
Quote krustykrab 22-9-2021 11:33 AM
takayama replied at 22-9-2021 11:07 AM
smp umur 15 tahun lps tu xdelah dipanggil anak yatim sbb dah dewasa pun, ini ikut cara Masjid dan  ...

Oh..ok tq for the info..nt nk bgtau mak iol..sudah2 la refer jiran tu as anak yatim
Quote razfira0707 22-9-2021 11:42 AM
kalau dalam Quran sampai cukur umur/dewasa/baligh, so kira umur 13-17 la kan.. lebih dari tu idokla
Quote newme11 22-9-2021 11:47 AM
MANA WAJAH YG MENGAMIL DUIT ANDI TU?
Quote haruslah 22-9-2021 11:49 AM
Harap pelaku pulang kan duit
Xde la kena dakwa nanti
Mcm kes kat mana aritu
Digugurkan kes sbb OKT pulangkan duit
Hebat bukannnn
Quote anony-mous 22-9-2021 01:00 PM
krustykrab replied at 22-9-2021 10:00 AM
Sesorg individu tu layak digelar anak yatim hingga umur brp ye?
Bukan pe, sb sku teringat mak aku a ...

Pernah baca x silap iols mmg ada had umur. Tp i lupa smpai umur berapa. X silap bawah dari 18
Quote ira_229 22-9-2021 01:37 PM
Edited by ira_229 at 22-9-2021 01:38 PM

I nampak andibernadee dengan kawan lelaki orangnya agak berisi masa i pergi turki March 2020.  Masa tu sarapan kat hotel..sebelum sempadan ditutup.  
Quote supermum 22-9-2021 01:52 PM
Wow drama tu dapat payment 70k. Patut mewah artis sekarang. And Andi ni bukan set femes mana pun

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036265 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top