Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak pada Isnin berikutan terdapat aduan mengenai sebuah akaun laman peminat (page) di Facebook yang menggunakan namanya dan suami, Norman Hakim yang didaftarkan sebagai ‘Norman & Memey’.
Menurut Memey atau nama sebenarnya Suhaiza binti Suhaimi,33 ‘page’ itu bukan kendaliannya dan memohon kepada pengendali akaun tersebut untuk berhenti menyalin status hantarannya di laman Instagram sebelum dikongsi di akaun mereka. Katanya lagi, dia berharap agar akaun tersebut tidak lagi menggunakan namanya mahupun suami serta berhenti menipu orang ramai bagi urusan jual beli yang tidak sah. Tegas Memey, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang seterusnya usai daripada membuat laporan polis.
|
Ciktiekus replied at 22-9-2021 09:55 AM
Ooo muda lagi si memey ni..
ADVERTISEMENT