Menikmati piza di tepi jalan gara-gara tidak mematuhi syarat untuk dine in seperti ditetapkan kebanyakan premis perniagaan di New York, Amerika Syarikat (AS). Itu yang berlaku kepada Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang menolak vaksinasi Covid-19.
Gambar tersebut dikongsi delegasi beliau yang mengiringi pemimpin tersebut menjelang Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-76 pada minggu ini menerusi Twitter pada Isnin dan turut memaparkan kapsyen sinis ‘makan malam mewah’ di kota metropolitan itu. Pada minggu lalu, bandar raya New York melaksanakan vaksinasi mandatori yang memerlukan individu menunjukkan sijil imunisasi Covid-19 untuk memperoleh akses di tempat awam. Bagi mengekang penularan wabak itu, kerajaan tempatan turut mengemukakan surat kepada Presiden UNGA, Abdulla Shahid dan menekankan tentang keperluan vaksinasi mandatori.
Abdulla yang pada mulanya menyokong syarat wajib itu bagaimanapun mengubah keputusan apabila beliau menyatakan sijil vaksinasi tidak diperlukan, sekali gus membolehkan Bolsonaro menyertai mesyuarat peringkat tertinggi agensi antarabangsa tersebut. Sumber: Sinar Harian
|
jahcomel replied at 22-9-2021 02:50 PM
heavennnn gitu mkn tepi jalan....
krustykrab replied at 22-9-2021 03:19 PM
Heaven ler kalau tmpt tunegara yg beriklim sejuk
mbhcsf replied at 22-9-2021 03:17 PM
wow bagusnya penguatkuasaan...so harapnya beliau tak pi UN jerit discrimination lah kan
kat US y ...
delia3003 replied at 22-9-2021 04:12 PM
Bukan ke sblm ni ada sorang pelakon sendu yg kawen dgn warga US yg dah blah ke US bukan main lagi ca ...
delia3003 replied at 22-9-2021 04:12 PM
Bukan ke sblm ni ada sorang pelakon sendu yg kawen dgn warga US yg dah blah ke US bukan main lagi ca ...
twins replied at 22-9-2021 04:44 PM
kat US tu kan banyak states.... lain2 states governor dia berkuasa untuk tetapkan undang2 states m ...
krustykrab replied at 22-9-2021 03:19 PM
Heaven ler kalau tmpt tunegara yg beriklim sejuk
ADVERTISEMENT