CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwa Ada Peranti Pengesan- "Buang Atau Jangan Beli Telefon Jenama China"

23-9-2021 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2979| Komen: 8

VILNIUS: Menteri Pertahanan Lithuania menasihatkan rakyatnya supaya membuang telefon bimbit dari China atau mengelakkan daripada membeli jenama dari negara itu, selepas laporan kerajaan mendapati beberapa peranti pengesan dipasang dalam telefon itu.


Pusat Keselamatan Siber negara mendedahkan, telefon bimbit yang dijual di Eropah oleh syarikat gergasi telefon pintar, Xiaomi Corp. didakwa mempunyai peranti yang boleh mengesan terma seperti ‘Free Tibet’, ‘Long live Taiwan independence’ atau ‘democracy movement’.

Keupayaan dalam perisian telefon model Mi 10T 5G Xiaomi dimatikan untuk ‘wilayah Kesatuan Eropah’, tetapi dapat dihidupkan dari jauh pada bila-bila masa.


Foto: Utusan

Wakil Menteri Pertahanan, Margiris Abukevicius mengesyorkan orang ramai supaya tidak membeli telefon bimbit buatan China dan membuangnya secepat mungkin.


Xiaomi belum memberikan sebarang maklum balas dari agensi berita Reuters berhubung perkara itu.

Laporan sama turut mendedahkan telefon bimbit Xiaomi menghantar data sulit pengguna ke server Singapura.  Kelemahan keselamatan itu dijumpai pada telefon pintar model P40 5G oleh Huawei China, tetapi tidak dijumpai di telefon pintar buatan negara itu yang lain.

Laporan itu memberitahu, senarai istilah yang boleh ditapis oleh aplikasi sistem telefon Xiaomi termasuk penyemak imbas internet, merangkumi 449 istilah dalam bahasa China dan terus dikemas kini.

“Perkara ini penting bukan sahaja untuk Lithuania, tetapi bagi semua negara yang menggunakan peralatan teknologi Xiaomi,” kata laporan itu.

Hubungan antara Lithuania dan China baru-baru ini, bertambah buruk berhubung soal kedaulatan Taiwan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 23-9-2021 09:32 AM
ya betul, jika kita beli komputer di tanah besar, dalam komputer tersebut sudah siap2 pasang censor.

jika nak beli komputer di tanah besar, kena beli spec international
Quote batmana 23-9-2021 10:08 AM
Google pn sama .cam xtau plak
Quote slyfynx 23-9-2021 10:16 AM
Ate selama ni yang on location tu.
Android kalau x tukar setting mmg die detect location untuk timeline.
Quote kakaro940 23-9-2021 02:15 PM
alamak kiranya tak selamat la pakai fon buatan china ni? da beli fon xiaomi takkan nak buang ..
Quote becir 23-9-2021 02:18 PM
I Guna redmi..masuk jugak ke? Anyway I'm nobody kalau they all nak transmit apa benda radiasi to me just because I searched for free Tibet, well go ahead la .
Quote zjen 23-9-2021 06:19 PM
x kisah la ...  CCP bkn musuh kat iols  ...  dan iols  pon xde niat beli fon baru dlm masa dekat
Quote Megikari 23-9-2021 06:51 PM
Aku guna huawei dah bertahun2.. Hah ambik la apa2 info pun yg korang nak. Banyak screenshot shopee wishlist dgn resepi je pun dlm henpon aku ni
Quote nakkomenjugak 24-9-2021 02:45 AM
Spy lerrr iol yang pakai oppo ni haa
Apa je dapat? Gambar jejantz rembesan kpop

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.082103 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top