CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sangka, Rupa-Rupanya Ibu Daiyan Trisha Penulis Buku Terkenal

23-9-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17936| Komen: 120

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha memuatnaik ucapan buat ibu tercinta di media sosialnya, bagi meraikan hari persaraan ibunya Dr. Samsiah Mohd Nor sebagai guru sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama.


Dipetik dari Instagramnya, artis berbakat ini meluahkan rasa gembira dan bangga atas pencapaian ibunya sebagai seorang pendidik, anak dan isteri yang bertanggungjawab, ibu kepada lima orang anak serta seorang rakan setia.

Foto: IG


“Yang pasti ianya bukan mudah untuk menjadi pendidik… Dan menjadi penulis berjaya, ibu kepada 5 orang anak, isteri dan anak yang taat, seorang kawan yang setia..

Dan untuk melakukannya dengan mudah, dengan kasih sayang.. Dia seorang ibu yang hebat..”




Siapa sangka ibu kepada wanita jelita ini rupa-rupanya merupakan seorang penulis buku terkenal, banyak koleksi buku-buku yang dihasilkan dari era 90an merupakan hasil karya ibu Daiyan sendiri iaitu Dr. Samsiah Mohd Nor.

Berdasarkan carian Murai My di Goodreads, Dr. Samsiah banyak menghasilkan buku-buku novel klasik yang terkenal dan popular seperti Riana, Maya Pusara, Tangisan Bulan Madu, Sindora dan puluhan karya yang menarik untuk bacaan umum.


Foto: murai.my

Memang bukan biasa-biasa ibu Daiyan Trisha, bukan saja seorang pendidik yang berdedikasi malah merupakan wanita yang hebat membahagi masa buat keluarga serta menghasilkan karya penulisan yang hebat zaman berzaman. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 23-9-2021 08:21 AM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 07:26 AM

..........
Quote KelisaOren 23-9-2021 08:32 AM
Tak pernah baca novel tangisan bulan madu tapi drama bersirinya lakonan primadona antivaksin ritrude ada tengok sikit2
Quote olaoli 23-9-2021 08:32 AM
best buku buku shamsiah mohd noor ni. selalu creative enterpise yg terbitkan buku sheols. teringat nama watak BOGART dalam buku dia. hensemnya rasa bogart ni hahah

cerita tangisan bulan madu pun bes. kawen kawen x sempat berjimak bini ka laki tah meninggal

ni semua cita femes jaman 90an la ni
Quote JohnyEnglish 23-9-2021 08:33 AM
novel ni yg tb3 ambik buat drama pkl 7
Quote Acikgomen 23-9-2021 08:49 AM
Laaaaaahhh awat mak heshe pakai baju tu pi skolah
Ada org hadiah kat mak acik baju sebijik lagu tu, pakai time jiruih2 pokok bunga ptg2 je
Quote umbut 23-9-2021 08:51 AM
Cantik mak dia.. Patutlah anak pun cantik.. Pernah baca novel sindora dolu2.
Quote fadz84 23-9-2021 09:02 AM
suka baca novel tulisan mak dia.. plg famous Tangisan Bulan Madu..
Quote fadz84 23-9-2021 09:03 AM
olaoli replied at 23-9-2021 08:32 AM
best buku buku shamsiah mohd noor ni. selalu creative enterpise yg terbitkan buku sheols. teringat n ...

Lakinya meninggal.. bogart tu la.. hehe.. pastu abg ke adik bogart tu nk plk ke bekas ipar dia tu..
Quote helicornia 23-9-2021 09:06 AM
wartawan cari baru keluar gua ke hahahaha
Quote opie5662 23-9-2021 09:11 AM
Tangisan bulan madu tu sedih gile. Masa zaman dok hostel Dlu kire top la novel ni.... Itu la novel pertama aku baca...
Quote merrissa 23-9-2021 09:48 AM
KelisaOren replied at 23-9-2021 08:32 AM
Tak pernah baca novel tangisan bulan madu tapi drama bersirinya lakonan primadona antivaksin ritrude ...

pernah baca novel tu...pinjam kawan
ntah la x ingat cter dia macam mana


drama xpernah...

Quote kucingitam 23-9-2021 10:04 AM
uuu novel2 creative enterprise ni..
Quote bondeh 23-9-2021 10:09 AM
Dah tahu lama kan dalam forum nih jugaklah ada yg bgtau sebab meolls ingatkan mak dia org2 RTM, rupanya novelnya yg jadi drama bersiri di RTM Teman Setia Andaaaa...
Quote melinda_kerr 23-9-2021 10:13 AM
mak die bersara dapat hadiah kereta ke?
Quote cmf_Strawberry 23-9-2021 10:14 AM
Wow, I suka baca novel Shamsiah Md Noor ni dulu. Novel keluaran Creative Enterprise.
Quote elnor_81 23-9-2021 10:14 AM
melinda_kerr replied at 23-9-2021 10:13 AM
mak die bersara dapat hadiah kereta ke?

Bkn tu..biasa org bersara ni naik keta berhias..anto dia blik rumah..
Quote awex^returns 23-9-2021 10:38 AM
oh aku peminat Samsiah Mohd Nor ni
aku baca banyak juga buku2 dia
tak sangka dia mak si Daiyan ni
tapi sorry aku cuma minat Mak, anak dia aku tak berminat
Quote clara_nur 23-9-2021 10:38 AM

wahhh..samsiah mat nor ni salah sorg novelis yang me sukaa!
me dulu2 kumpul novel2 dia..
satu lagi, yg me plg suka novel2 dr creative enterprise ni bahasa2 melayu sedap indah...
Quote cik_ingeniare 23-9-2021 10:41 AM
fadz84 replied at 23-9-2021 09:03 AM
Lakinya meninggal.. bogart tu la.. hehe.. pastu abg ke adik bogart tu nk plk ke bekas ipar dia tu. ...

Yesss! Dalam novel meols bayangkan Bogart dgn adik dia ni hensem.. tp dalam drama Ezany yg berlakon

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.185365 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top