Seorang pengguna TikTok yang hanya dikenali sebagai Javier, membuat rakaman di beberapa jalan kosong dan mendakwa dirinya adalah manusia terakhir terakhir yang masih hidup.
Walaupun ideanya seakan langsung tidak masuk akal, video berkenaan sudah pun disaksikan lebih 60,000 kali dan akaunnya @unicosobreviviente kini memiliki enam juta pengikut yang menanti video terbaharu. Video yang dimuatnaik dinamakan ‘day 219 alone in the world’ itu menunjukkan pemilik akaun berkenaan sedang berjalan di satu lorong kosong di Sepanyol. Dia kemudiannya melalui taman permainan kanak-kanak dan perumahan tanpa ada seorang pun penghuni dapat dilihat di kawasan berkenaan.
Dalam kebanyakan videonya, Javier mendakwa dirinya sebagai "time traveller" atau pengembara masa berada enam tahun ke hadapan dan ternyata ada orang yang turut mempercayai dakwaannya itu. Seorang pengguna berkata, dia melihat satu bot pada latar belakang video dan ada yang mengatakan beberapa kedai yang dilalui kelihatan bersih tanpa ada sebarang habuk. “Bolehkah kamu meninggalkan Sepanyol?,” kata seorang pengguna. “Pergi ke lima atau pun 10 apartment secara berturut-turut barulah saya boleh fikirkan apa yang kamu katakan adalah betul.” Di sisi lain, ada pengguna media sosial lain mula ragu dengan apa yang diperkatakan Javier. “Saya cabar kamu ke hospital di tengah-tengah bandar” Saya percaya semua ini boleh berlaku tetapi dengan suntingan.” -CARI Sumber: Daily Star/mstar
|
dodolgemok replied at 23-9-2021 08:31 AM
Dramanyahh kau dek. Motip kau datang jaman ni ambil bedio nak tunjuk bandar kosong bagai.
ADVERTISEMENT