Pengalaman melakonkan watak doktor dan perlu memakai set pakaian pelindung diri (PPE) dalam supertelefilem berjudul Frontliner sedikit-sebanyak membuatkan Azhan Rani, 44, insaf.
Azhan ketika dihubungi berkata, babak yang memerlukan dia memakai PPE benar-benar membuatkan dia tidak selesa, panas dan melemaskan. "Memang tidak selesa dan panas apabila memakai PPE. Ia amat menginsafkan saya betapa virus ini benar-benar menguji ketahanan diri dan kesabaran kita. "Ketika penggambaran, saya memakai PPE sekitar 10 hingga 30 minit untuk sesuatu babak. Tapi percayalah baru pakai dua minit saja, saya dah rasa lemas walaupun saya memakainya di tempat berhawa dingin. "Jadi, bayangkan petugas barisan hadapan yang terpaksa memakai PPE berjam-jam lamanya dan turun pula ke lapangan dengan cuaca panas untuk menjemput pesakit. Ya Allah, ia betul-betul menginsafkan saya," katanya.
|
imransulaiman: Astaga rambut.. Pintu lemari dah nak dibuka ke? {:thief
imransulaiman replied at 23-9-2021 03:38 PM
Astaga rambut.. Pintu lemari dah nak dibuka ke? {:thief
pooh~key replied at 23-9-2021 05:10 PM
Dia dah kawen ke belum sis?
ADVERTISEMENT