|
Golongan pekerja akan diberikan cuti berbayar selama dua hari sekiranya haiwan peliharaan mereka meninggal dunia berdasarkan peruntukan undang-undang baharu di Colombia. Undang-undang itu dibentangkan Ahli Kongres Parti Liberal, Alejandro Carlos Chacon, 48, yang mewajibkan semua majikan memberikan cuti dua hari tersebut.
“Hubungan kekeluargaan bukan setakat antara sesama manusia, tetapi turut melibatkan pelbagai spesies haiwan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan berkeluarga. “Sesetengah orang tidak mempunyai anak, tetapi mereka mempunyai haiwan peliharaan yang sangat dicintai sehingga menjalinkan ikatan yang kuat dan mendalam,” katanya. Menurut Chacon, cuti tersebut dapat membantu orang ramai mengatasi rasa sedih dan sakit kehilangan binatang kesayangan tanpa disibukkan dengan urusan pekerjaan. Jelasnya, undang-undang itu sangat relevan dengan majoriti penduduk Colombia kerana enam dari 10 isi rumah mempunyai binatang peliharaan.
Undang-undang itu bagaimanapun tidak memperincikan jenis haiwan yang dianggap sebagai binatang peliharaan. Namun, Chacon menjelaskan haiwan itu didefinisikan mempunyai hubungan sentimental yang kuat dengan pemilik. Cuti berbayar itu tidak terpakai kepada kematian melibatkan binatang liar atau haiwan eksotik. Sumber: Utusan
|




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.064369 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.