Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) warga asing ditahan selepas disyaki menjual cecair ‘ganja’ digunakan untuk diisi ke dalam rokok elektronik. Difahamkan, suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.35 petang kelmarin di tepi Jalan Alamanda 2, Presint 1, Putrajaya.
Suspek ketika pemeriksaan dijalankan juga cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan menemukan dadah disyaki cecair ganja (200.62 gram) dan hasil saringan awal mendapati suspek positif THC. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, siasatan awal mendapati cecair tersebut digunakan untuk diisi ke dalam rokok elektronik (vape). “Cecair itu mendapat permintaan yang tinggi di kalangan rakan-rakan rapat dan urusan jual beli dijalankan melalui media sosial.
“Cecair ini boleh memberi kesan menghayalkan seperti penggunaan Ganja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Sahar, menerusi tangkapan tersebut, pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warganegara asing yang dikesan aktif selama dua bulan di sekitar Lembah Klang. Ujarnya, nilai dadah yang dirampas adalah RM501 dan boleh menampung penggunaan seramai 402 orang pengguna (user) dadah. Tambahnya, suspek kini reman selama 14 hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sumber: Suara Merdeka
|
sharlenetexas: Pelajar first degree ke master ni umur 29?
pooh~key replied at 23-9-2021 09:44 PM
Kau tak pernah dengar orang buat master umur 40 tahun ke dek???
nakkomenjugak: Padan muka dok nak validation foreigners sangatSekali foreigners buat Malaya ni macam playground untuk benda2 jenayah jaaaHaa amalkan selalu.
ADVERTISEMENT