|
Pernah menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana, pelakon dan pengacara Alif Hadi mengakui agak terkejut dengan berita pernikahan penyanyi rap itu pada Ahad lalu.
Biarpun tujuh tahun berkawan rapat, Alif berkata, dia tidak dapat menghidu hubungan cinta yang terjalin antara Zizi dan pelakon Yusof Bahrin. "Apabila dapat tahu berita perkahwinan dia memang rasa terkejut juga. Kali terakhir berhubung dengan dia lebih kurang dua bulan lepas. "Tapi saya tidak tahu tentang dia akan berkahwin ketika itu. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan mesti dia juga sudah fikir masak-masak," katanya kepada mStar. Alif berkata, dia tidak mengetahui perancangan Zizi untuk mendirikan rumah tangga.
|







ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047923 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.