Kerana berpakaian ketat dan tidak menepati undang-undang agama, lebih 30 individu ditahan pegawai polis syariah, Wilayatul Hisbah. Antara melaporkan, operasi dilakukan di hadapan pejabat Ketua Daerah Aceh Barat di Meulaboh.
“Lebih 30 yang ditangkap, semuanya memakai pakaian ketat, sementara yang lelaki pula memakai seluar pendek,” kata Ketua Jabatan Polis Wilayatul Hisbah Aceh Barat, Dodi Bima Saputra di Meulaboh semalam. Menurut beliau, operasi dilakukan sebagai usaha meningkatkan syiar Islam serta menegakkan penerapan hukum agama di Aceh. Jelasnya, ini bertepatan dengan Qanun (Peraturan Daerah) Nombor 6 Tahun 2014 mengenai Hukum Jinayat termasuk Undang-Undang Penerapan Syariat Islam di Aceh. Beliau berkata, kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi itu merupakan penduduk di luar Aceh Barat.
“Mereka yang ditahan akan dibimbing petugas Wilayatul Hisbah dan diberi nasihat agar di masa depan tidak mengulangi perbuatan sama. “Buat masa ini, mereka yang ditahan akan diberikan panduan, mereka tidak akan dikenakan sebatan,” katanya. Sumber: Utusan
|
Babai replied at 24-9-2021 09:10 AM
Apa yang ketat? Membazirkan duit rakyat sana je wujudkan unit penguatkuasa macam tu.
nini_azmi replied at 24-9-2021 01:40 PM
Longgar je nmpk pompuan tu pakai. Kdg2 pelik istilah menutup aurat ni. adekah kena pakai jubah, tudu ...
ADVERTISEMENT