"Selepas ujian mesti ada hikmah. Siapa sangka antara wajah pertama yang saya solek dan siapkan selepas industri seni dan kreatif dibuka semula adalah wajah Perdana Menteri." Demikian kata jurusolek selebriti terkenal, Deqsha yang teruja apabila diberikan peluang untuk merias wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Tak pernah saya terfikir dan terbayang diberi rezeki dan peluang sebesar ini. Antara satu pengalaman yang saya kira sangat berharga sepanjang bergelar jurusolek. "Sejujurnya empat bulan lepas adalah waktu yang sukar untuk saya dan rakan-rakan industri kreatif yang lain. Tawaran kerja memang tak ada langsung sebab situasi Covid-19 yang menduga. "Tapi saya tidak mahu mengeluh dan cuba cara lain untuk cari rezeki bagi menyara anak dan keluarga," kata pemilik nama Muhamad Shahrul Azlan Abdul Rauf berusia 42 tahun itu.
Menurut Deqsha, sepanjang empat bulan tiada tawaran pekerjaan, dia mula mencari alternatif lain untuk menyara keluarga. "Saya datang dengan idea menjual kerepek pisang dan popia sebagai alternatif lain untuk mencari rezeki. "Awal memang susah, saya langsung tak ada latar belakang perniagaan tapi saya tawakal dan gagahkan diri untuk mencuba juga cari rezeki halal demi sesuap nasi.
|
budakshinchan replied at 24-9-2021 09:45 AM
ouh itu hasilnya.. teknik solekan sembap tu bejaya.. aura kelam tu nampak
budakshinchan replied at 24-9-2021 09:45 AM
ouh itu hasilnya.. teknik solekan sembap tu bejaya.. aura kelam tu nampak
LadyCarefree replied at 24-9-2021 11:31 AM
PM xde aura. Sama mcm abahcow.
LadyCarefree: PM xde aura. Sama mcm abahcow.
zidane_ziege replied at 25-9-2021 08:56 AM
mekap utk apa? bukan rajin keluar tv mcm mahiadin pun
LadyCarefree replied at 24-9-2021 11:31 AM
PM xde aura. Sama mcm abahcow.
tripleid replied at 25-9-2021 11:54 AM
muka lgsg xde aura pemimpin..muka Pak Jakowi yg jawa habis tu pun jauh lebih berwibawa drpd muka se ...
ADVERTISEMENT