Semakin dikenali bukan hanya di Malaysia bahkan di Amerika Syarikat (AS) apabila wajah mereka terpampang di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, kumpulan Dolla tidak meletakkan sebarang syarat spesifik andai berjaya mengatur langkah ke Hollywood suatu hari nanti.
Dianggotai empat gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel, Dolla yang ditemui Kosmo! Online secara virtual bersempena pelancaran single terbaharu, Berani berkata, berlaku jujur terhadap diri masing-masing yang membuatkan mereka berada pada tahap sekarang. “Kami percaya, apa yang unik tentang Dolla adalah kejujuran terhadap diri masing-masing. Tiada apa yang perlu diubah kalau pun suatu hari nanti kami berpeluang ke Hollywood untuk mengembangkan pasaran muzik. “Kami berada pada posisi sekarang atas sokongan dan bantuan para peminat. Kami takkan berubah hanya kerana untuk memuaskan hati pihak lain. Kami hanya akan jadi diri sendiri,” kata Sabronza mewakili tiga rakannya yang lain.
Dalam pada itu, Dolla memaklumkan, buat masa sekarang, ada dua selebriti yang mereka berhasrat untuk berkolaborasi bersama. “Pertamanya, Ariana Grande. Sebab memang tengah ‘hot’ sekarang. Kalau dapat bikin muzik dengan dia, mimpi akan jadi kenyataan. Kedua, saya rasa ada ruang dan peluang untuk Dolla bekerjasama dengan K-Clique, boleh ‘battle’ trap! Pasti mengujakan,” kata Dolla. Terdahulu, Selepas Yuna dan Layla Sania, kumpulan Dolla muncul artis ketiga dari Malaysia yang fotonya dipaparkan di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, AS.
|
Kurex replied at 24-9-2021 12:46 PM
Baru terpampang dekat ny tu, terus rasa diri makin hebat ke. Ni kalau ke sana, silap2 mat saleh sana ...
Kurex replied at 24-9-2021 04:46 AM
Baru terpampang dekat ny tu, terus rasa diri makin hebat ke. Ni kalau ke sana, silap2 mat saleh sana ...
Kurex replied at 24-9-2021 12:46 PM
Baru terpampang dekat ny tu, terus rasa diri makin hebat ke. Ni kalau ke sana, silap2 mat saleh sana ...
ADVERTISEMENT