Orang Rimba, suku tempatan di wilayah Jambi dikenali sebagai Suku Anak Dalam meminta Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan menghantar guru bagi pendidikan anak-anak mereka di dalam hutan.
CNN Indonesia melaporkan, Ketua Adat Orang Rimba, Tungganai Basemen berkata, suku itu amat memerlukan guru yang datang ke lokasi pemukiman mereka. “Jika sekolah berada di luar hutan, sukar bagi anak kami. Untuk itu kami meminta sekolah di hutan, tempat kami tinggal,” katanya. Tungganai berkata, Orang Rimba ‘berpindah-randah’ untuk mencari nafkah di dalam hutan. Jelasnya, keadaan itu menyukarkan anak-anak yang ingin bersekolah seterusnya membantutkan masa depan mereka. Permintaan Tungganai adalah salah satu aspirasi Orang Rimba mengenai pendidikan.
Setakat ini pendidikan anak-anak dilakukan dalam dua bentuk, iaitu pendidikan tidak formal oleh kelompok pelawat dan pendidikan formal. Proses dan bahan pembelajaran disesuaikan dengan persekitaran. Contohnya, pelajaran mengira dilakukan dengan me-ngira pokok, menulis dan membaca juga didekatkan dengan perkara-perkara yang mudah difahami oleh mereka. Bagi mereka yang sudah mahir dan mendapat soko-ngan ibu bapa, anak-anak hutan mula dimasukkan ke sekolah formal. Salah seorang penduduk, Tumenggung Ngrip berkata, sudah ada tiga anak Orang Rimba yang sedang belajar di Bandar Jambi, dan ada yang sedang mengikuti pendidikan sekolah dasar (SD). Sumber: Utusan
|
edayildiz: bagus la dorg ni nk jgk sekolah..mslhnya kan sanggup ke cikgu2 tu tinggal sana..meroyan nnti...kena posting sabah srwk pun meroyan
tokchik replied at 24-9-2021 12:02 PM
Ini Bukan dimalaysia..
Di Indonesia daerah jambi
edayildiz replied at 24-9-2021 11:26 AM
bagus la dorg ni nk jgk sekolah..mslhnya kan sanggup ke cikgu2 tu tinggal sana..meroyan nnti...kena ...
silencekiller replied at 24-9-2021 12:53 PM
Dahulu kala .. cikgu2 di indon tak sanggup masok pun... ada NGO di sana yang gerak kan usaha ajaq ...
JohnyEnglish replied at 24-9-2021 12:36 PM
kalau kat sini org rimba siap dpt hospital sndiri
edayildiz replied at 24-9-2021 12:58 PM
malaysia ada ke org rimba..apa beza ngn OA?
edayildiz replied at 24-9-2021 12:57 PM
tu la bila tgk kg dorg tu mmg xpelik takde yg sanggup nk kerja dlm tu...malaysia ada ke orang rimb ...
silencekiller replied at 24-9-2021 12:53 PM
Dahulu kala .. cikgu2 di indon tak sanggup masok pun... ada NGO di sana yang gerak kan usaha ajaq ...
nolya replied at 25-9-2021 12:57 AM
Memikirkan gurunya, orang2 Rimba ini faham ke mereka kalau diajar dlm bahasa baku Indonesia. Taku ...
ADVERTISEMENT