|
Seorang pengawal keselamatan di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di bandar Atmakur, Nellore ditahan di Andhra Pradesh selepas merakam aksi isterinya menggantung diri pada kipas siling.
Gulf News melaporkan, lelaki itu terus merakam walaupun menyedari isterinya serius dengan ancaman untuk mengakhiri hidupnya. Dia juga bertindak menghasut isterinya dengan merakam video menggunakan telefon dan menghantar video berkenaan kepada mentuanya selepas kejadian. Menurut polis, Penchalaiah, 38, mendakwa isterinya, Kondamma, 31, mempunyai hubungan sulit. Selepas pertengkaran, Kondamma, mengancam untuk menggantung diri. Dalam video yang kini dirampas polis, Penchalaiah berkata, dia tidak akan cuba menghentikan tindakan isterinya untuk membunuh diri itu. "Saya tidak akan menghentikan anda jika anda mengakhiri hidup anda.
"Saya akan tunjukkan video ini kepada saudaramu," katanya dalam video itu. Dalam rakaman video itu, mangsa memandang suaminya dengan harapan lelaki berkenaan akan menghentikan tindakannya. Tetapi, Penchalaiah menggesa isterinya untuk membunuh diri. Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibu bapa mangsa selepas mereka menerima video mengejutkan daripada menantu mereka. Polis turut mendakwa lelaki itu kerana bersubahat membunuh diri dan penderaan mental terhadap isterinya. Difahamkan, hasil perkahwinan mereka, pasangan itu mempunyai dua anak. Sumber: Harian Metro
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.267394 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.