Seorang lelaki dari Indiana ditahan selepas berulang kali menghubungi panggilan kecemasan 911, hanya untuk mengadu keletihan. Menurut Newsweek yang dipetik portal New York Post, Daniel Schroeder, 61, menghubungi talian kecemasan itu empat kali pada Khamis untuk membuat laporan berkenaan.
"Pemanggil lelaki ini terus menghubungi talian kecemasan dengan menyatakan dia penat," lapor polis yang memperincikan penangkapan lelaki itu. Difahamkan, ia bukan kejadian pertama lelaki itu menyalahgunakan talian 911. Pada 11 September, dia menghubungi talian sama untuk mengadu saudara perempuan tidak mengikuti peraturannya. Dia pada awalnya dijatuhi hukuman penjara enam bulan akibat sering mengganggu talian itu. Tetapi, hakim menangguhkan hukuman jika Schroeder memberi jaminan tidak lagi mengganggu talian itu. Bagaimanapun, suspek melanggar perjanjian pada keesokan harinya dan kini dilaporkan akan menjalani hukuman penjara selama 60 hari. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT