DAERAH PERRY, PENNSYLVANIA – Seorang lelaki dipenjarakan bulan lalu atas dakwaan melakukan kesalahan membayar harga minuman berkarbonat Mountain Dew kurang AS$0.43 (RM1.80) daripada harga sebenar, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Joseph Sobolewski masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka di daerah Perry yang menawarkan dua botol minuman berkarbonat Mountain Dew 600 milliliter pada harga AS$3 (RM12.56). Sobolewski mengambil satu botol dan membayar AS$2 (RM8.37) di atas kaunter sebelum berjalan keluar. Lelaki itu tidak mengetahui bahawa harga bagi sebotol minuman tersebut adalah AS$2.29 (RM9.59) dan bukan AS$1.50 (RM6.28). Premis serbaneka itu kemudian menghubungi polis dan Sobolewski ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM209,325) dan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun. “Saya akan mendapatkan faktor pencegah penangkapan sekiranya jumlah kecurian lebih tinggi.
“Kurangnya budi bicara adalah apa yang mengganggu saya kerana hukumannya tidak sepadan dengan kesalahan yang diakukan,” kata Pengarah Lembaga Parol Negeri, Brandon Flood kepada media tempatan. Kerani premis serbaneka tersebut dilaporkan mengekori Sobolewski ke luar premis dan memaklumkan kepada lelaki itu bahawa jumlah bayarannya tidak mencukupi. Sobolewski membalasnya dengan mengatakan jumlah tersebut cukup dan terus berlalu pergi. Lelaki berusia 38 tahun itu merupakan seorang gelandangan dan pernah melakukan beberapa kesalahan jenayah kecil. Dia kini didakwa di bawah undang-undang tiga teguran di AS kerana kecurian runcit. Dua bulan sebelumnya, Sobolewski dan isterinya dituduh mencuri bekalan kraf daripada sebuah kedai bernama Lobby Hobby. Dia ditetapkan membayar ikat jamin sebanyak AS$2,000 (RM8,370) namun memilih untuk memohon program rehabilitasi negeri. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT