CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gambar Iblis, Jam Pasir, Metafora Terkini Pendedahan Caprice

24-9-2021 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7492| Komen: 29

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice terus-menerus mencetuskan tanda-tanya ramai apabila sekali lagi memuat naik foto berupa wajah entiti iblis dalam hantaran Instagramnya.


Perkongsian foto gambaran imej iblis dengan lidah terjelir itu turut disertakan bersama perkataan ‘husnuzon’ yang membawa maksud ‘bersangka baik’.

Sebelum ini Caprice pernah berkongsi imej serupa pada 27 Julai lalu.

Tindakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, memuat naik foto berkenaan dipercayai ada hubung kait dengan pendedahan yang bakal dibongkar membabitkan kontroversi yang menimpa pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.


Foto: Kosmo

Menerusi hantaran berbeza, penyanyi lagu Lenglui itu turut berkongsi gambar berupa jam pasir yang dipercayai membawa simbolik menunggu waktu atau masa untuk melakukan pendedahan membabitkan Ebit.

Kosmo! pada 21 September lalu melaporkan bahawa Caprice yang baru sahaja pulang ke Malaysia selepas dua bulan berada di Jordan dan Mesir telah melancarkan ‘perang’ terhadap beberapa golongan yang telah mencemar kesucian agama dan bangsa, termasuk pedofilia.

“Tomorrow (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan perang saya melawan predator seksual, pedofilia dan orang-orang munafik.

“Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat itu,” katanya.

Walaupun pendedahan dan perjuangannya untuk membuktikan kebenaran sebelum ini mendapat kecaman dan cacian daripada masyarakat, Caprice mendakwa mereka yang pernah mengugut dirinya itu satu persatu akhirnya tampil memohon maaf selepas pembongkaran mula menampakkan penjelasan.

Situasi dan konflik bertambah tegang apabila pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi siaran Telegramnya baru-baru ini mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan lucah yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal dipercayai Ebit.

Firdaus berkata, dia dan pasukannya sedia berdepan dengan tindakan saman sekiranya terdapat pihak tertentu ingin mengambil tindakan undang-undang.

Jelasnya, mereka akan tetap bersama dengan mangsa-mangsa untuk mendapatkan keadilan serta memperjuangkan kebenaran.

Pada 20 Ogos lalu, siasatan ke atas Ebit dilakukan berikutan aduan diterima Polis Diraja Malaysia daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 24-9-2021 07:05 PM
Ini contoh org tua yg tak reti settle2 ye. Patut once dah find out jenayah, buat report, create awareness ok dah settle. Byk bunyi siak kawin jela dgn ritrud tu biar meriah rumah hari2 merempan. Penat dah aku sebagai masyarakat nak kunyah popcorn.
Quote stania83 24-9-2021 07:09 PM
dia ni dah skizo kee//lepas ni sembang imam mahdi pulak
Quote helicornia 24-9-2021 07:46 PM
Bila la nk matang.klu kawin anak masuk sek dah
Quote likilu 24-9-2021 07:48 PM
Pergi Africa balik pandai cakap Arab tak ada pelat pelat sikit ke byk makan kabab
Quote samshik 24-9-2021 07:48 PM
Semakla langau nie sekor...
Quote trexxxxxi 24-9-2021 07:53 PM
Funneh la you ni rasa nak cubitttt jur
Quote blackpaper 24-9-2021 08:25 PM
semak la dia ni....x abis2 ratip.....mcm la org sokong dia sgt...puiiii
Quote OyaTonggek 24-9-2021 10:26 PM
hmmmmm...hint lagi
Quote matjerk 24-9-2021 10:51 PM
Bila lah hang nak matang cap oiii
Quote matjerk 24-9-2021 11:01 PM
Klu korang singgah ke ig dia.. korang tgk folder yg dia highlite tittle LOVE. boleh describe lah dia org mcm mana....
Jenis lelaki kerdil yang sukakan attention. Suka dikerumuni. Suka being centre of attention. Pelik.aku student2 yg dok kerumun dia tu. Padahal dia tu mengaji takat mana ja.... pastu suka repost kalau org bagi pickup line.. like budak2 sgt.. rempit sgt... dia ni x de pencapaian apa yg dia boleh banggakan.. kecuali berjaya merasa hebat bila dikerumuni ramai2. Entah dia p gaza yg kononnya nak berjihad tu.. nak.jumpa influencer sana kononnya tu.. ntah apa lah yang dia gebangkan psl dia kat sini.. mesti up diri x hengat punya. Lagi satu, kehulu hilir pakai bussiness suit.. CEO company2 besar pun x pakai gitu.... kesian dia ni...
Quote Hoola 24-9-2021 11:20 PM
Ciri-ciri #bakalpm2040 katanya
Quote nolya 25-9-2021 12:02 AM
pxlbb replied at 24-9-2021 07:05 PM
Ini contoh org tua yg tak reti settle2 ye. Patut once dah find out jenayah, buat report, create awar ...

Laaa..... sape suruh kunyah pop-corn. Kunyah air le, sekurang2nya boleh hilang haus.
Quote nakkomenjugak 25-9-2021 03:31 AM
Iol menanti detik sape jadik bakal bini mamat ni
Nampak gaya bini yang pakai pants in the relationship.
Quote AnnaSendin 25-9-2021 03:41 AM
Jantons tersemak di muka bumi acah2 hero yang menggoncang dunia walaupun heols adalah punca hijab ummah terbuka tentang ropa dewasayu yang sebenar. Tapi tetaplah yer, heols sejenis cakap ajer sambil meletakkan kaki di atas meja persis gangster sekolah lalu mengharapkan team wong buat keje. Iols rengsa dengan heols nieyh, dah lah pelat kemain, king coco pun tak pelat gittuew.
Quote blue^panther 25-9-2021 03:49 AM
Walopon meols sokong jer dewa sayu dihadapkan ke muka pengadilan, tp meols mengharapkan semuanya bukan dari topinasi. Aku tgk dia bukan buat kerja apa pon, dok gebang lebih propa sana sini. Yg team FW dengan Akhi fairuz la mula2 bg awareness pasal ni, derang yg ada banyak bukti sumer. Si topinasi ni dok tumpang nama derang, sbb orang tu pernah declare sokong dia jer.....malang betul bakal bini kau, perangai memgada x boleh bawak bincang....
Quote ReginaGeorge 25-9-2021 07:27 AM
matjerk replied at 24-9-2021 03:01 PM
Klu korang singgah ke ig dia.. korang tgk folder yg dia highlite tittle LOVE. boleh describe lah dia ...

Geli geleman tgk wanita2, muka terhegeh, muka terdesak, muka horny, muka berangan, muka desperate, muka jakon dan muka berhidung bawang.
Quote imanjannah 25-9-2021 11:51 AM
udah2 la cap oii
Quote nordin84 25-9-2021 01:10 PM
iols bknla penyokong dewasayu, dan xterperanjat pn kalau betul dia.. dan iols jgk bkn penyokong topi yg separuh masak ni.. oerangai mcm bdk2
Quote unguaurora 25-9-2021 02:12 PM
Iols pun x suka cap tp bab bibit lew ni mmg iols tentang habis2an

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036976 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top