Pelawak popular dan seorang rakan wanitanya telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal penghantar makanan dalam kejadian lewat malam semalam di Johor Bahru. Memetik Kosmo, pelawak berusia 35 tahun yang terlibat dalam beberapa siri kontroversi baru-baru ini dan pemandu wanita berusia 33 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 12.43 malam di Jalan Perniagaan Setia Utama. "Berdasarkan siasatan awal, kereta berkenaan telah membelok ke simpang kanan jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal jenis Y15 yang datang dari arah bertentangan.
"Pemeriksaan polis mendapati kereta tersebut dipandu seorang wanita bersama penumpang lelaki iaitu rakannya yang merupakan seorang pelawak popular," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. Tambah Raub, penunggang motosikal yang melakukan kerja penghantar makanan itu mengalami kecederaan luka di bahagian muka dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI). "Siasatan polis mendapati punca kemalangan akibat pemanduan cuai oleh pemandu kereta semasa hendak membelok masuk simpang. "Sehubungan itu, tindakan saman telah dikeluarkan ke atas pemandu kereta terbabit di bawah Rule 3(2)(B) LNN166/59," jelasnya. Kesian abang rider Grab, akibat kecuaian orang lain tak pasal-pasal dia pula tercedera. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya. Pesanan buat semua pemandu kenderaan, kalau nak masuk simpang tolonglah peka dengan keadaan sekeliling dan jangan lupa beri lampu signal ok!. - CARI |
AyaqMeloSuam replied at 25-9-2021 04:37 AM
Hint2 xdak ka? Sapo? {:nose
momoruru replied at 25-9-2021 06:42 AM
Kalau google ...tengok umur mmg ngam dengan sorang pelawak...memang kontrolbasi...asik dia aje kua ...
acikbrown: Dalam kes ni tak tau siapa yg salah. Tapi penghantar makanan ni pun selalu cuai. Mata tengok henpon sambil melilau cari alamat. Kita dah bagi signal s ...
helicornia replied at 25-9-2021 07:57 AM
Ye.almost sume bawak moto mcm setan.nk kejar malaikat maut barangkali
3chanceno replied at 25-9-2021 08:44 AM
Tauke buah tu umur 33 ke??
ADVERTISEMENT