CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bertarung Sakit, Anda Sibuk Cakap Soal Mati,"- Elyana

25-9-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7907| Komen: 41

Penyanyi Elyana merayu kepada peminat dan pengikutnya di laman sosial Instagram agar berhenti berkongsi cerita kematian membabitkan pesakit kanser di ruangan komen.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata, dia mahu peminat memahami keadaan dirinya yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi untuk merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

"Pada saat saya sedang menjalani rawatan kemoterapi, saya merayu sangat kepada anda yang ingin menceritakan pengalaman kenalan rapat anda yang tewas kerana kanser dihentikan.

"Saya faham niat baik anda, tapi tolong faham keadaan saya ketika ini yang sedang bertarung dengan mental dan fizikal. Jangan menakutkan pesakit yang sedang sakit. Maaf jika permintaan saya ini keterlaluan," katanya.

Foto: IG


Terdahulu, Harian Metro melaporkan Elyana memulakan rawatan kemoterapi bermula semalam.

Sebelumnya, Elyana yang sudah beberapa hari dimasukkan ke hospital turut bersyukur kerana ujian darah dan jantungnya menunjukkan keputusan positif.

Malah, dalam perkongsian hantaran di Instagram, Elyana sebelum itu menahan sakit selama sebulan sehingga menyebabkan dia tidak dapat tidur nyenyak kerana berasa kurang selesa. -CARI

Sumber: Harian Netro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spicygirl3 25-9-2021 03:37 PM
Moga diberi kesembuhan
Quote shernazz 25-9-2021 03:46 PM
Haah la
Orang tu sakit
Sebok nak cite kawan dia la.mak dia mati la..
Depa ni fragile gitchu
Elok cerita kawan2 yang berjaya fight..
Iols.kalau dgn mak iols..iols cite pasal.orang yang positif..yang berjaya fight..yang kuat...
Sikit sebanyak beri semangat pada depa neh..
Quote imanjannah 25-9-2021 04:01 PM
moga dpermudahkn urusan
Quote chachani 25-9-2021 04:03 PM
Btllah tu . Kdg geram jgk dgn org2 camni.. sibuk la bercerita psl org ni sakit camni2 pastu mati.. omg . Org yg sakit ni bace lg makin stress la dia.. mmg x membantu langsung..
Quote ezacbee 25-9-2021 04:16 PM
Biasalah orang, xkena sendiri boleh laa sembang.
Orang tgh sakit patut kasi semangat untuk hidup.
Quote adm7 25-9-2021 04:17 PM
Tak payah main la media sosial ni. Kalau nak upload pun elok tutup je komen tu. Rakyat malaysia ni ramai yang bingai dan takda common sense.
Quote TeropongThaico 25-9-2021 04:21 PM
Ada ke pergi cerita negatif kat org tengah sakit. Mengarut gila. Patut bg deols semangat utk lawan kesakitan tu. Tak faham sungguh org macam ni
Syukur la ada perkembangan positive pd keputusan ujian tu. Semoga dia kembali bersemangat & dipermudahkan segalanya
Quote MyLadyMarmalade 25-9-2021 04:24 PM
Apolah netizen ni..doakan dia kuat dan sihat cukup lah..nak bgtau korg faham perasaan tu ke macam mana? Have some mercy people!
Quote chippotato 25-9-2021 04:40 PM
Betul.. Pesakit2 kanser ni tkperlukan dgr cerita2 mati ni.. Korang kalau g melawat org skit kanser ni. Elok la borak2 benda yg fun.. Yg lari dri topik sakit.. Kalau boleh tkyah tanya sakit kt mana.. Rasa skit mcmana.. Atau pun buat sedih ke menangis dpn diorg.. Percayala.. Lepas korang balik.. Depa akan rasa down sgt tau dn akan effect juga kesihatan. Dan tolonglah jangan suggest ubat2 mengarut ke rawatan pelik2 ke.. Yg ni nnt akan stress family.. Sbb org sakit ni diorang akan terdesak nk cuba apa shj yg korang cdgkan walaupon risiko tinggi. Kalau famili tk kasi cuba.. Nnt diorg akan kecik hati kata kita tkbak ubatkan dia
Quote awenda507 25-9-2021 05:17 PM
Sape la yg takde akal dok ckp hal gitu kat org skt

Moga elyana dipermudahkn urusan dan dikurniakan kesembuhan
Quote untoldname 25-9-2021 06:31 PM
Teruk naw orang2 kita ni, orang tu dah lah sakit...tengah kimo plak tu..hegeh nak citer pasal mati...susah sangat ke nak dok diam kalau tak dek benda baik nak di cakapkan...
Quote exclusive_vvip 25-9-2021 06:36 PM
shernazz replied at 25-9-2021 03:46 PM
Haah la
Orang tu sakit
Sebok nak cite kawan dia la.mak dia mati la..

dulu ada forumer mana tah penah citer..bapak dia sakit kanser hati ke sakit apatah..ada member bapak dia dtg melawat, dok bercerita ada kenalan dia sakit yg sama,meninggal x smpi berapa bulan tah..smpi down ayah forumer tu..
Quote arffa 25-9-2021 06:41 PM
shernazz replied at 25-9-2021 03:46 PM
Haah la
Orang tu sakit
Sebok nak cite kawan dia la.mak dia mati la..

I masa kena covid tu ada lak kawan kat ruangan Komen tulis jiran mak mertua dia baru meninggal sebab covid. Ko rase?
Quote aunira 25-9-2021 07:06 PM
Edited by aunira at 25-9-2021 07:10 PM
arffa replied at 25-9-2021 06:41 PM
I masa kena covid tu ada lak kawan kat ruangan Komen tulis jiran mak mertua dia baru meninggal seb ...

sama.. masa saya & family kena covid, ada jiran ni galak sungguh up berita sahabat handai lah, kenalan atau, saudara mara dia yg meninggal sebab covid. Lepas satu, satu berita kematian dia up dalam group wasap kejiranan. Tak cukup dgn itu, dia pm kita lagi.  
Walaupun niat dia baik, sambil2 tu bagi kata2 semangat tapi tambahan cerita kematian tu boleh melemahkan semangat kita yg sedang sakit ni. Dah lah saya struggle, cari kekuatan sebab jangkitan dah sampai stage 4 masa tu.

Bila dah separuh sembuh ni, tak ada pulak dia nak up cerita2 seumpama tu. senyap-sepi pulak , sabo je lahh.

Quote enot_sibudak 25-9-2021 07:30 PM
adm7 replied at 25-9-2021 04:17 PM
Tak payah main la media sosial ni. Kalau nak upload pun elok tutup je komen tu. Rakyat malaysia ni r ...

skrg ni semakin banyak yg xda sensitif langsung.. masa tu la nk crita jiran dia.. kawan dia.. abg dia..kakak dia.. crita bnda baikk... tenang2 ja..
Quote arffa 25-9-2021 07:54 PM
aunira replied at 25-9-2021 07:06 PM
sama.. masa saya & family kena covid, ada jiran ni galak sungguh up berita sahabat handai lah, ken ...

Memang ada jenis manusia yg takde common sense
Quote likilu 25-9-2021 08:01 PM
Dia gigih bagi banyak statement nampak terabai pulak, kan manis kalau ada orang lain back up suami ke family ke benda pr macam ni nak kena likilu pesan

Takpun buat tactic 'ada followers dm saya' n saya tenangkan followers bajet sendiri chill org lain je terasa saya dah maafkan semua orang
Quote depresio 25-9-2021 09:26 PM
Kdg2 org xde niat . Tapi baguslah teguran ni
Baru org perasan

Macam kawan aku kena covid

Aku xtau nak cakap apa
Nasib tak cakap apa
Sekali dia ngamuk kat fb kata sudah2 la duk bagtahu suh buat gtu gini diapon tau
Lepas tu duk share bwrita teruk2 pasal org kobid
Menambah panik ja dia kata

Boleh tak doakan ja dia sihat
Taulah dia nak jaga
Family dia semua pin ada

Bunyi macam sombonglah tapi aku faham mesti member dh macam2 fikir.. dahla teruk jugak dia sesak nafas .
Quote ilahaz 25-9-2021 09:39 PM
semoga elyana terus kuat..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051498 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top