Penyanyi, Akim Ahmad tampil memperbetulkan cerita yang tidak tepat mengenai isterinya yang juga penyanyi, Stacy Anam. Menurut kenyataannya di Facebook, Akim,30 kurang senang dengan berita yang terbit di portal Utusan dan laporan di media sosial lain yang menulis tajuk Stacy dahulunya hidup tidak beragama. Bagi Akim, cerita yang tanpa temu ramah dan tidak dikaji terlebih dahulu membuatkan dia sekeluarga berasa kecewa. Ini kerana tajuk yang sensitif ini mungkin mengundang rasa sedih ahli keluarga Stacy,31 yang berlainan agama.
Penyanyi lagu Potret ini juga menyelar mereka yang suka mensensasikan cerita lalu berasa gah kerana ianya mendapat sambutan hangat dengan like dan komen yang banyak daripada pembaca.
"Jadilah orang yang buat penyelidikan, barulah tak ada emosi bagi
comment atau 'trigger' dengan tajuk yang di momokkan oleh sang pencari
sensasi." Malahan, Akim sempat berpesan supaya mereka yang menulis cerita sebegini sepatutnya mendamaikan keadaan bukannya menambahkan kekeliruan. Jadi, dengan pesanan Akim diharapkan ianya menjelaskan cerita ini. - CARI |
dua_chzy: Wartawan meleis.
kechikchomel replied at 25-9-2021 09:58 PM
Tapi kan...kawan2 sabahan iolss yg Christian sume alim2..tetiap minggu g Church
Jiran sebelah b ...
ADVERTISEMENT