Pelakon Reza Hasbi meluahkan rasa bimbang apabila isterinya iaitu Rose Darlila Roseli yang kini hamil tiga bulan disahkan positif Covid-19. Menurut Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Hasbullah, isterinya sudah dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang.
Reza yang kini berada di Kuala Kangsar, Perak memberitahu dia sepatutnya bertemu isterinya yang tinggal bersama keluarga dan anak kedua mereka di Subang Jaya Selangor pada Isnin depan. “Saya ingin mohon doa daripada semua rakyat Malaysia... isteri saya yang kini sedang mengandung disahkan positif. Kandungan dia pula baharu 14 minggu, jadi saya agak risau dengan keadaan dia.
“Dia kini sudah berada di pusat kuarantin Maeps, Serdang untuk dipantau keadaannya. Kami berdua duduk berasingan buat masa ini. Dia bersama anak kedua kami tinggal bersama keluarganya di Subang. “Manakala saya pula berada di Kuala Kangsar, Perak bersama anak pertama. Ikutkan memang nak ke sana untuk jaga isteri sebab dia alami alahan yang teruk. “Semalam isteri mengadu yang dia batuk dan bila buat kit ujian Covid-19 malam tadi positif dan pagi tadi pun buat ujian calitan pun keputusannya sama. Itu yang terus dibawa ke pusat kuarantin,” kata Reza ketika dihubungi mStar.
|
monreyes replied at 25-9-2021 04:12 PM
knp duduk asing
fadz84 replied at 25-9-2021 09:23 PM
aritu Reza ni cite tawaran berlakon sesekali je ada, tu dia duk kat kampung.. buat kerja kampung.. ...
ADVERTISEMENT