|
Bengang dan sakit hati... itu yang dirasakan Datuk Hattan apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai.
Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, menyedari identitinya digunakan sindiket penipuan dengan tujuan meminjam wang daripada kenalan di aplikasi WhatsApp. "Saya dapat tahu perkara ini selepas salah seorang kawan bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meninjam wang daripadanya... saya kata tidak ada. Dia cakap mesej yang dia terima itu menggunakan gambar saya. "Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mangsa seperti ini," katanya kepada mStar. Terdahulu, Hattan menerusi Instagram mendedahkan dia menjadi mangsa sindiket penipuan setelah indentitinya digunakan penyamar untuk meminta wang daripada kenalan rapatnya.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047036 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.