CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lah Ahmad Cemas Terperangkap Dalam Lif Di Aras 31

27-9-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2443| Komen: 4

Penyanyi Lah Ahmad berdepan detik mencemaskan apabila dia bersama empat orang kru produksi terperangkap dalam lif di aras 31 sebuah bangunan yang terletak di Cheras.

Berkongsi pengalaman malang itu, Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata, kejadian itu berlaku berikutan lif yang dinaiki mengalami gangguan teknikal.

Kredit foto: IG


"Kejadian berlaku lebih kurang jam tiga petang, ketika itu saya ada shooting untuk rancangan terbaharu.

"Kami ke tingkat atas bangunan untuk dapatkan footage di bahagian outdoor, selepas selesai kami mahu turun ke tingkat bawah.

"Bila masuk ke dalam lif, tiba-tiba lif tersangkut di tingkat 31. Masa itu kami berlima termasuk kru produksi," katanya kepada mStar.




Terdahulu, Lah menerusi Instagram memuat naik sekeping foto dan video yang memaparkan situasi dia terperangkap di dalam lif.

"Bila kena dugaan hari ini, baru nak mula shooting, tiba-tiba lif sangkut tingkat 31. Terus terduduk kami," ujarnya pada kapsyen tersebut.

Kata Lah, sejurus terperangkap mereka terus mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan bangunan dan diminta untuk tunggu sehingga bantuan tiba.



"Nak kata cemas saya rasa semua dalam lif tu cemas tapi kami cuba bersembang untuk tenangkan keadaan.

"Tapi lepas 10 hingga 15 minit masing-masing dah rasa lama ada dalam lif itu. Kami diberitahu mereka juga hubungi pihak bomba.

"Alhamdulillah, selepas setengah jam, akhirnya pihak penyelenggara lif berjaya buka pintu lif. Cemas pun cemas juga, tapi bila dah selamat rasa macam kelakar pun ada," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 27-9-2021 09:15 AM
Sapa tak kecut teloq weyhhhhh
Quote Mini.Me 27-9-2021 09:44 AM
Sesak dada sangkut dalam lif macam tu...walaupon takde pengalaman lg tapi tetap trauma baca berita2 kemalangan lift...sebelum masuk duk tngu depan pintu lift macam2 doa zikir aku akan baca
Quote Kurex 27-9-2021 09:45 AM
Apa nak digosipkan?
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 01:51 AM
Iol ada pengalaman lif diusik alam ghaibbb
Hell no

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.151992 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top