CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perempuan Lain Suka Pergi Butik LV, Faradhiya Suka Seronok Pergi Pasar Tani

27-9-2021 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9586| Komen: 49

“Perempuan lain gembira dapat pergi LV (butik Louis Vuitton), saya pula gembira kalau dapat pergi pasar tani.”

Itu antara pengakuan mencuit hati yang dikongsikan penyanyi juga pelakon Farahdhiya menerusi sebuah video masakan dalam Instagramnya.


Ujar Farahdhiya, dia lebih berasa gembira jika dapat menjejakkan kaki ke pasar tani kerana boleh membeli pelbagai barang keperluan dapur untuk dimasak.


Foto: IG
“Bila perempuan lain gembira dapat pergi LV, saya seronok dapat pergi pasar tani. Dapatlah beli sayur kampung, siput sedut dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Ujar selebriti berkulit putih gebu itu lagi, jika berkunjung ke pusat membeli-belah, dia sukar untuk menemukan barang-barang basah seperti siput sedut dan bahan masakan lain.


Dalam pada itu, Farahdhiya, 37, berkata, lauk yang dimasak itu juga merupakan makanan kegemaran arwah bapanya, Mohd. Amin Zubir yang meninggal dunia pada Januari tahun lalu.



“Lauk kegemaran arwah ayah saya, asam rebus batang keladi dan siput sedut,” tulisnya ringkas.

Perkongsian video masakan oleh pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu turut mendapat banyak pujian daripada pengikut Instagram apabila rata-rata memuji lauk kampung yang dimasak olehnya.

“Sedapnya. Kalau saya mesti bertambah nasi,” ujar salah seorang pengikutnya.

“Lauk kegemaran saya!” kata seorang lagi pengikutnya.

“Pandainya awak masak. Pakej sangat (untuk menjadi isteri),” puji seorang netizen.




Sekadar info, Farahdhiya sering berkongsi resipi nak masakan terutamanya lauk-lauk kampung dalam Instagram miliknya yang dimasak sendiri di rumah, terutama sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -CARI


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 27-9-2021 09:14 AM
Dia ni mmg pandai masak n rajin
Quote hotmak 27-9-2021 09:56 AM
dia makan ke apa dia masak tu? tgk kecik halus je orgnya
Quote kucingitam 27-9-2021 10:35 AM
makin panjang mukanya...nyanyi sedap, berlakon pun pandai.
Quote cap_ayam 27-9-2021 11:05 AM
pandai masak .. untung farah sebab boleh makan sedap2
Quote Harley_Quinn 27-9-2021 11:09 AM
Follow ig dia, kekadang dia msk utk family n kwn2 dia jugak.
Mmg jenis rjin msk.
Quote tipah89 27-9-2021 11:16 AM
antaara retis yg xperlu flex baju ke apa2 aksesori mahal2 tapi still nampak wangi n mahal...
Quote mengapainisemua 27-9-2021 11:22 AM
dia memang low profile walaupon muka mahal
Quote umbut 27-9-2021 11:37 AM
Edited by umbut at 27-9-2021 11:38 AM

Masak byk2 sapa nak makan. Dia pun x mkn byk jaga badan
Quote uori 27-9-2021 11:45 AM
helooooo, iols dedua tak suka k.
tak koser lah nak gi butik lv mahupun pasar tani


Quote addved 27-9-2021 11:57 AM
Kawan-kawan perempuan awak je kot happy pergi butik LV, ramai je perempuan berduit yang tak suka pergi designers' boutique ya!
Quote tulip-rain 27-9-2021 12:06 PM
Fuhhh mmg rare ni. Susah nak jumpa. Tak suker gi tempat mahal2 suka gi tempat biasa2 je. Pandai masak. Merendah diri...cantik.
Hah hah apelagi. Puji puji jgn tak puji.

Acik2 forum bila retis bgatahu benda2 mcm ni kemain melangit diorang puji.
Tapi ikut jugak retis mane.
Ade jugak retis yg bila bgtahu hal2 seumpama ini akan dikutuk habis2. Pilih pilih gitu nak puji mane nak kutuk yg mane
Quote stania83 27-9-2021 12:17 PM
--ayah dia ninggal dia duduk ngan siapa? kesian pulak
--mak dia mana ya///balik england?
Quote fofuler 27-9-2021 01:20 PM
stania83 replied at 27-9-2021 12:17 PM
--ayah dia ninggal dia duduk ngan siapa? kesian pulak
--mak dia mana ya///balik england?

Macam duduk seorang diri, and mak dia italian tak silap, dia duduk england ke?
Quote kakigojes 27-9-2021 01:27 PM
Pergi butik tak semestinya berbelanja. Tak pi butik tak semestinya tak berbelanja. Maybe tak pi butik, tapi add to cart.. tudia nalla.. to each its own. Di zaman covid ini, berbelanja lah sehematnya
Quote gekkou 27-9-2021 03:06 PM
dua2 aku x suka
cantik dia dalam gambar
pandai masak masakan kampung
bagus
Quote Begbiru 27-9-2021 03:24 PM
rasanya dia duduk ngan abg dia kan?
Quote dejure 27-9-2021 03:29 PM
Tp aku kkdg rasa mcm musykil juga dia ni mmg pandai masak ke atau ddk dapur just pegang senduk lps tu rekod aje.ke ada org lain yg masak.sbb x pernah pula tgk dia rekod video dari awal sblm masak tu.at least datin eina tu nmpklh juga dia rekod sblm bahan2 masak tu semua.
Quote babelina 27-9-2021 03:39 PM
cantik..pandai masak.. tp sampai skrg belum berjodoh.. mogabertemu jodoh dgn org yg baik2..
Quote Cik_jantung 27-9-2021 04:45 PM
Edited by Cik_jantung at 12-1-2022 09:36 AM
dejure replied at 27-9-2021 03:29 PM
Tp aku kkdg rasa mcm musykil juga dia ni mmg pandai masak ke atau ddk dapur just pegang senduk lps t ...


..........

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.173298 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top