Pemerintah China akan menggalakkan penghasilan kartun online lebih sopan dan mesra pengguna bagi membanteras isu keganasan serta pornografi. Daily Mail melaporkan, gerakan yang akan dilaksanakan badan kawal selia penyiaran pemerintah itu merupakan antara beberapa mandat baharu diperkenalkan dalam usaha membawa industri hiburan ke peringkat lebih tinggi.
Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan, kanak-kanak dan orang dewasa adalah penonton utama siri kartun, maka ia perlu ditapis dengan teliti. Agensi berkelayakan perlu menyiarkan kandungan yang memperlihatkan tentang kebenaran, menyebar kebaikan dan mempromosi hal-hal bersesuaian sahaja. China juga meningkatkan usaha membersihkan industri hiburannya sejak beberapa bulan lalu dengan mengambil tindakan atas pemujaan selebriti berlebihan di platform online.
Pentadbiran Parti Komunis itu juga menjanjikan hukuman lebih keras bagi artis yang didapati terlibat dalam tingkah laku haram atau tidak beretika. Awal bulan ini, negara itu melarang kemunculan lelaki transgender di stesen penyiaran televisyen tempatan dan menuntut program hiburan berhenti mempromosikan bintang internet. Ini kerana kebanyakan pelakon dan bintang pop China dikatakan semakin berani meniru penampilan lebih feminin seperti artis Korea Selatan dan menimbulkan kebimbangan mengenai pengaruh ‘kuasa lembut’ di negara itu. Sumber: Kosmo
|
sukacactus replied at 27-9-2021 03:26 PM
Yg liziqi pun hilang apahal pulak?
Dah lama xde video terbaru dia
ADVERTISEMENT