|
Seorang gadis tular di media sosial apabila berkongsi kisah cintanya yang berakhir akibat kekasih memilih janda anak satu sebagai isteri, lapor Suara.com. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok @tetapbesarhati_, gadis itu memberitahu bahawa bekas kekasihnya merupakan seorang anggota tentera dan mereka sudah bercinta selama empat tahun.
Namun, hubungan mereka berakhir apabila lelaki itu mengenali janda yang bekerja di sebuah kelab malam ketika berkunjung ke pusat hiburan berkenaan. “Kamu memilih untuk mengakhiri percintaan empat tahun demi mengejar cinta seorang janda yang dikenali di kelab malam. Saya reda, tetapi berharap kamu cepat sedar daripada kesilapan. “Saya berharap kamu berubah menjadi lelaki baik dan polos seperti dahulu iaitu seorang lelaki yang tidak tahu atau mengenali apakah itu kehidupan malam (berhibur di kelab malam),” tulis keterangan video.
Kisah sedih gadis itu mengundang rasa simpati netizen yang memberi sokongan moral kepadanya. Sumber: Kosmo
|


CiliPadiSedap replied at 27-9-2021 12:17 PM
ni nama dia cinta catut tempe bakso frisk@
Friska replied at 27-9-2021 04:01 PM
Sarap ini orang

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.843846 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.