Seorang wanita mengalami pengalaman ngeri dan memalukan apabila dia tergolek jatuh dari tingkat atas rumah ke atas bumbung kereta ketika sedang melakukan hubungan seksual di ruang balkoni.
Kejadian yang berlaku di sebuah flat di Taipei itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan mangsa jatuh terduduk dalam keadaan separuh bogel, lapor The Sun. Dia dipercayai sedang memadu asmara di atas pagar balkoni rumah dengan kekasihnya sebelum tergelincir dan terjatuh. Wanita itu dirakam tergolek di atas bumbung kereta sambil menahan kesakitan sebelum mengumpul kekuatan untuk turun ke bawah. Tidak lama selepas itu, kekasihnya yang tidak berbaju dilihat berlari mendapatkan mangsa sebelum memeluk dan menenangkannya. Impak hentakan itu menyebabkan bumbung kereta kemek manakala mangsa yang dikejarkan ke hospital dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya, namun berada dalam keadaan stabil. Pasangan itu juga diarahkan membayar ganti rugi atas kerosakan kereta milik jiran yang dirosakkan akibat insiden tersebut. Sumber: Kosmo
|
Suchi replied at 27-9-2021 12:16 PM
Aduh sib baik ko idup lagi tp dasat gak ye sampai kemik keta.
Tingkat berapa umah dia ni?
kakikuDibibirmu replied at 27-9-2021 12:03 PM
Rosmah kalu, confirm gempa bumi
Suchi replied at 27-9-2021 02:16 PM
Aduh sib baik ko idup lagi tp dasat gak ye sampai kemik keta.
Tingkat berapa umah dia ni?
ADVERTISEMENT