CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"MLM Atau Money Laundering?"-Netizen Dakwa Anugerah Diterima Maryam Muzamir Mencurigakan?

27-9-2021 01:27 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16603| Komen: 88|Original author: Oleh: Saiful

Baru-baru ini tular tentang Maryam Muzamir atas kejayaannya mengharumkan nama negara selepas meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada.



Foto: The Star

Murid yang berusia 11 tahun itu berjaya mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut.

Foto: The Star


Perdana Menteri Malaysia juga tak terlepas mengucapkan tahniah kepadanya.

Kejayaanya turut mendapat perhatian dunia apabila disiarkan dalam Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.



Maryam berjaya mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, dan menjadi pemenang termuda dalam pertandingan itu. 

Bagaimanapun ada pula cerita kurang enak apabila ada seorang pengguna Twitteryang menggunakan @BentaraNikA mendedahkan sesuatu yang pelik dan mendakwa organisasi tersebut tak wujud.

Malah dia mendakwa ia satu bentuk MLM atau sejenis bentuk pengubahan wang haram.

Katanya dia duduk di Toronto dan telah melakukan beberapa siri penyiasatan.



Baca thread di bawah:
Kredit foto: Twitter

Diharap pihak yang bertanggungjawab boleh tampil memberikan penjelasan terhadap dakwaan ini. -CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 27-9-2021 01:31 PM
sekarang banyak money laundering....business bundle pun tumbuh mcm cendawan..tak laku laku pun tetap subur
Quote kelapaparut 27-9-2021 01:39 PM
ahh sudah kluar drama baru.. ni mcm anugerah dato palsu kaa mcm boy iman tu ke
Quote cucutokwan89 27-9-2021 01:44 PM
Mmg anak jati Malaysia brader ni. Gigih menyiasat.
Quote Firenzza 27-9-2021 01:59 PM
Simunggu replied at 27-9-2021 01:31 PM
sekarang banyak money laundering....business bundle pun tumbuh mcm cendawan..tak laku laku pun tetap ...

Byk jerr kes yg terlepas dakwaan
Quote MsPercy 27-9-2021 02:01 PM
Tq la for spilling the tea.
Dgr jgk bdk tue menang...tp bdk 11thn kot. I mcm takkan la genius sgt buat mknn haiwan...sorry hati i hitam kot bab2 nie.
And im more interested on behind the story
Quote yanzhuo 27-9-2021 02:14 PM
MsPercy replied at 27-9-2021 02:01 PM
Tq la for spilling the tea.
Dgr jgk bdk tue menang...tp bdk 11thn kot. I mcm takkan la genius sgt  ...

idea ayah dia la tu, bidang ayah dia recycling2 ni...so dia ajar anak, ajar present etc.
Quote kechikchomel 27-9-2021 02:22 PM
macam mana dia boleh masuk 'competition' ni?
Quote dodolgemok 27-9-2021 02:27 PM
Kahkahkah ni 1 malaysia kena scam jugak ke macam budak citizen saintis dulu tu? PM 8 dan 9 dua dua kena scam dgan budak!
Quote MelahJanda 27-9-2021 02:35 PM
akak makan popcorn di tanah air!
Quote exclusive_vvip 27-9-2021 02:45 PM
dok terasa2 dah..tapi nak komen kang, ada yg cakap hati i hitam plak..ni mcm Fattah Amin menang pelakon terbaik anugerah antarabangsa tahpape aritu la kan..ntah hape punya festival online tah..i dah selamat dikecam aritu oleh ummah2 yg cepat kagum
Quote kechikchomel 27-9-2021 02:50 PM
yanzhuo replied at 27-9-2021 02:14 PM
idea ayah dia la tu, bidang ayah dia recycling2 ni...so dia ajar anak, ajar present etc.

ayah dia mengajar apa uolss? kat uni/kolej mana?
Quote sharlenetexas 27-9-2021 03:01 PM
Teringat anugerah amende dulu kat monaco.
Quote ~boolean 27-9-2021 03:05 PM
Edited by ~boolean at 27-9-2021 03:06 PM

aku tak kisah orang expose organization tu, tapi aku kesian pada maryam..

tiba2 orang kecam dia scammer, penipu, budak NASA 2.0..
sedangkan ciptaan tu memang dia buat..tak silap aku sebelum dia masuk event di toronto tu pun dia ada menang anugerah untuk inovasi yang sama..

tred yang expose organization tu pun macam berniat jahat sebab dia tuduh seolah-olah famili maryam ni bayar organizer untuk masuk competition dan menang...pastu berbondong-bondong ummah ikut kecam budak ni..

esok lusa budak ni berjaya kat luar negara ummah yang sama lah kata malaysians tak tahu hargai bakat sedangkan yang ada bakat ni kau pergi kutuk..
Quote Thanatus 27-9-2021 03:06 PM
Aku saje jer lah tgk website organiser yg bagi anugerah tu... yg peliknya team dia macam semua orang Korea.

Ada yg komen iCAN ni byk spam inbox org akademik ajak join anugerah ni... dan yg peliknya email dlm bahasa Korea.

Ni Korean cult based in Toronto ke hapa?  shady gila.

website font/header pon pelik semacam.

Kalau betol ramai Malaysian universities yg join anugerah shady nii, harap pihak MOSTI investigate lahh... apa benda ntah main submit paper/research & collaborate dgn organiser yg pelik shady sketchy ni.
Quote yanzhuo 27-9-2021 03:06 PM
kechikchomel replied at 27-9-2021 02:50 PM
ayah dia mengajar apa uolss? kat uni/kolej mana?

kalau ikut info berita, pensyarah di UMP, Pahang
lepas tu bila cari dlm web ump, bawah fakulti awam
kemudian, cari di google scholar, mmg ayah dia byk paper dlm field recycle
Quote Decaffeinated 27-9-2021 03:21 PM
so, scammer kencing scammer ka ni?

Quote jazaa100 27-9-2021 03:46 PM
dodolgemok replied at 27-9-2021 02:27 PM
Kahkahkah ni 1 malaysia kena scam jugak ke macam budak citizen saintis dulu tu? PM 8 dan 9 dua dua k ...

KJ pun ada ucap tahniah kan kat budak tu dulu
..
.
Quote noxnox 27-9-2021 03:52 PM
yanzhuo replied at 27-9-2021 03:06 PM
kalau ikut info berita, pensyarah di UMP, Pahang
lepas tu bila cari dlm web ump, bawah fakulti aw ...

UMP ni uni yang invent anti histeria kit jugak kan ? hehehehee
Quote naina 27-9-2021 04:36 PM
kechikchomel replied at 27-9-2021 02:22 PM
macam mana dia boleh masuk 'competition' ni?

Nak masuk sini kena pakai duit banyak ke sis

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046116 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top