Penyanyi Syamel yang teruja bakal bergelar bapa bersyukur isterinya, Ernie Zakri tidak mengalami ragam pelik atau mengidam sesuatu sukar direalisasikan seperti kebanyakan ibu hamil lain.
"Ernie sangat behave dan tak ada mengidam yang pelik-pelik. "Setakat ini dah masuk empat bulan semuanya berjalan lancar, dia hanya alami alahan biasa seperti mana wanita lain mengandung. "Tapi tak ada teruk sangat, hanya morning sickness sikit dan Ernie ni memang manja. "Yang peliknya sebelum ini Ernie kalau dekat rumah dia jarang nyanyi. Tapi since dia hamil ni, dia kuat nyanyi sampai saya pun terikut. Kami dah macam buat konsert kat rumah," katanya kepada mStar. Sudah mula membaca sebagai persediaan bakal menjadi seorang bapa, Syamel bagaimanapun lebih banyak bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.
Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu sebelum mengumumkan Ernie sedang hamil empat bulan di Instagram. Dalam perut dah selalu dengar mak ayah dia menyanyi, mungkinkah anak Syamel dan Ernie nanti bakal jadi anak seni juga? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|