Sebelum ini, 50 ekor kucing ini tidur di sebuah rumah, merasa belaian dan kasih sayang daripada seorang insan yang berusaha memastikan makan minum serta kebajikan mereka terjaga.
Malangnya, nasib sekumpulan si bulus ini berubah apabila tuannya dihalau keluar dari rumah sewa. Sedih, namun dia tidak mempunyai pilihan lain selain menyerahkan kesemua 50 kucingnya kepada pihak yang lebih mampu untuk untuk menjaga kebajikan haiwan peliharaannya itu. Berkongsi kisah 50 ekor kucing tersebut yang kini menjadi penghuni di Bustana Kucing Perlis, Zakaria Shafie berkata kini mereka ditempatkan bersama hampir 1,500 kucing lain yang dijaganya di situ.
Bercakap kepada mStar, Zakaria yang bekerja pusat perlindungan kucing itu berkata, pemilik asal 50 kucing ini juga merupakan salah seorang pencinta kucing yang sering membantu menyelamatkan kucing di kawasan Ipoh, Perak. "Dia (pemilik asal) sempat cerita masa hantar kucing-kucing tu semua, yang dia tinggal seorang. "Suami dah meninggal dan anak-anak dia pun tak ada. "Ada banyak ekor juga kucing dia hantar yang lawa-lawa," katanya. Menurut Zakaria, orang ramai yang ingin mengambil dan menjaga kucing-kucing itu boleh hadir ke Bustana Kucing Perlis yang terletak dalam kawasan Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat, Perlis. Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan teksi untuk menghantar kucing ke kawasan yang jauh atau di luar Perlis. Loading FB Post... Jelasnya, orang ramai boleh memilih sendiri kucing yang mereka inginkan, mengisi borang dan memberi sumbangan seikhlas hati mereka. "Semuanya 50 kucing tersebut dalam kategori dewasa dan memang dah boleh adopt. "Dalam 50 tu ada tiga ekor yang kena 'sporotrichosis', jadi termasuk yang sedia ada dekat sini keseluruhannya ada 75 ekorlah," katanya. Menurut Zakaria, menerima kucing dalam satu jumlah yang banyak daripada seorang pemilik bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Namun katanya, tidak semua kucing yang dihantar ke pusat berkenaan terus boleh menyesuaikan diri apabila diletakkan bersama kucing-kucing lain. Loading FB Post... "Tengok jenis kucing, ada kucing yang okay bila lepas dalam sangkar utama. Dia dengan rileks pergi makan dan tidur sekali dengan kucing lain. "Ada kucing yang tak okay, selalunya mereka akan duduk hujung-hujung kawasan dalam sangkar, makan pun tak berani," kongsinya. Menurut Zakaria, setiap hari terdapat sekitar 10 hingga 20 ekor kucing dihantar ke bustana dan kurang dari 10 ekor akan dibawa pulang pemilik baharu. Sumber: mStar
|
matbad replied at 27-9-2021 11:12 PM
aku plak dalam dilema. sikap rescue ibu kucing besama anak2 dan yg tgh bunting, skrg dalam rumah tot ...
Knowlee replied at 27-9-2021 07:33 PM
I kenal sgt org yg hantar kucing tu... Dari sekolah lagi dah kenal aunty ni. Berita semua salah. Dia ...
TeropongThaico replied at 27-9-2021 11:32 PM
Camne u bg deols behave mad??? Budak2 kat rumah ni start buat perangai berak merata sejak bertamba ...
zehra2 replied at 27-9-2021 11:19 PM
sedihnya.. moga aku dan meow semua sihat. ni pun masuk rumah.sekor meow tk balik.. dah ler teleng..
...
ADVERTISEMENT