Populariti siri popular terbaru di Netflix, Squid Game dan Money Heist kian melonjak kebelakangan ini. Berbeza dengan Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang bimbang dengan pengaruh buruk dibawa kedua-dua siri itu.
Justeru, dia menyeru orang ramai terutama asatizah dan influencer beragama Islam supaya berhenti mempromosikan siri popular berkenaan, apatah lagi ia menonjolkan perkara haram seperti adegan seks. Tak perlu sampai buat bedah siri, katanya. PU Rahmat menyuarakan kebimbangannya apabila melihat ramai kanak-kanak bawah umur diberi kebenaran oleh ibu bapa mereka untuk menonton siri tersebut.
"Nak tengok tu tengoklah sebab masing-masing dah dewasa, tapi jangan pula kalian mempromosi secara tak langsung sebab follower klaian bukan semua orang dewasa," pesannya. Walaupun rata-rata pengikutnya bersetuju dengan hujahnya itu, seorang pengguna Instagram dipercayai seorang ibu mendakwa kanak-kanak perlu didedahkan dengan cerita sedemikian kerana bimbang mereka menjadi pemangsa seksual dalam senyap. "Pendidikan seks sangat penting kerana tidak semua anak faham dengan hanya 'mendengar'," jelasnya dengan lantang. Pun begitu, dia menegaskan bahawa ibu bapa perlu memantau ketika anak menonton berserta penjelasan ketika babak sensitif dimainkan. Apa pendapat anda berhubung isu ini? Membiarkan anak menonton adegan sedemikian lebih membahayakan atau melarang dan membuat rasa ingin tahu mereka membuak-buak hingga 'buat hal' di belakang ibu bapa kelak apabila sudah terdedah dengan perkara sebegitu secara sorok-sorok? - CARI
|
naina: Cite ni real ke wei bunuh2 bagai? Macam hunger game ke
naina replied at 28-9-2021 12:17 AM
Cite ni real ke wei bunuh2 bagai? Macam hunger game ke
ADVERTISEMENT