|
Berpisah buat seketika dengan dua anak-anak tersayang merupakan jalan terbaik bagi pelakon Fatin Afeefa demi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Ujar Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 27, dia yang akan mula memasuki set penggambaran sebuah telefilem tidak mahu mengambil risiko memandangkan kes harian Covid-19 masih tinggi. "Bermula Jumaat ini saya terlibat dengan penggambaran satu telefilem, jadi akan hantar anak-anak ke rumah ibu. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, saya tidak akan jumpa mereka sepanjang penggambaran berjalan selama seminggu. "Saya memang akan lebih berhati-hati, kalau mereka dijangkiti disebabkan saya, saya tak boleh maafkan diri sendiri.
"Anak saya ada dua orang saja, jadi tak mahu la terjadi apa-apa. Lepas penggambaran habis dan keputusan ujian Covid-19 negatif, barulah saya akan kembali kepada mereka," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 10:00 AM GMT+8 , Processed in 1.456338 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.