Penyanyi versatil Aishah menyifatkan amal ibadah dan kebaikan yang dilakukannya tidak perlu dipertonton kepada umum atau bukan untuk dipamerkan dalam media sosial. Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia ada cara tersendiri dan berbeza dengan segelintir individu lain yang gemar mempamerkan segala kebaikan secara terang-terangan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Camar Yang Pulang itu menerusi perkongsian sama turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan anak-anak, keluarga, kawan-kawan dan kelab peminat yang prihatin serta sentiasa memberi sokongan kepadanya tanpa jemu. “Itulah tanda kasih sayang sejati bila kita berada di belakang orang tersayang apabila mereka memerlukan. “Susah senang bersama. Saya begitu bertuah,” katanya lagi. Terdahulu, Aishah, 56, baharu sahaja sembuh daripada wabak maut Covid-19 selepas dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor pada 30 Ogos lalu. Aishah disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan pulang ke rumah 12 hari selepas menerima rawatan dan paru-parunya disahkan rosak sebanyak 20 peratus akibat serangan wabak tersebut. Sumber: K! ONLINE
|
helicornia replied at 28-9-2021 11:42 AM
itu yang sebaiknya kak aishah
jangan ikut orang lain
Syuhadahilme replied at 28-9-2021 03:28 PM
Betul lah tu ..mom saya marah saya show off kat sosial media ni siap suruh delete lagi but hai say ...
TeropongThaico replied at 28-9-2021 04:14 PM
Hi to u too Syu
Syuhadahilme replied at 28-9-2021 04:21 PM
Hai Maaf Kalau.bahasa tak sama macam geng forum lain ..baru masuk
TeropongThaico replied at 28-9-2021 04:29 PM
E-sokayyy semua org ada gaya memasing
Syuhadahilme replied at 28-9-2021 04:33 PM
Hahahaha kan
Syuhadahilme replied at 28-9-2021 03:28 PM
Betul lah tu ..mom saya marah saya show off kat sosial media ni siap suruh delete lagi but hai say ...
NekNgah replied at 28-9-2021 05:38 PM
Just be yourself. Kita adalah individu yang berbeza.
Yang penting message sampai.
Syuhadahilme replied at 28-9-2021 05:43 PM
Betul tu nek ngah .. nekngah tahu tak nak tukar username ..hihi saya baru budak nak belajar harap ...
NekNgah replied at 28-9-2021 05:48 PM
Entah, tak pernah cuba pun.
Tapi macam tak boleh aje rasanya. Tapi account awak baru lagi, poi ...
dudaberhias replied at 28-9-2021 05:43 PM
ehhh kena la... nanti orang tak nampak amal kebaikan kita....
dan ianya berhasil ok.. tak cayer tan ...
ADVERTISEMENT