Taliban melarang tukang gunting rambut di wilayah Helmand, Afghanistan daripada mencukur janggut pelanggan. AFP melaporkan, perkara itu melanggar undang-undang Islam menurut tafsiran mereka. Mereka yang melanggar undang-undang itu akan dihukum. Selain Helmand, tukang gunting rambut dekat Kabul juga mendakwa menerima arahan sama.
Terdahulu, Taliban melalui Menteri Pertahanan, Mullah Mohammad Yaqoob melarang anggota Taliban daripada berkongsi gambar-gambar swafoto dalam media sosial. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT