CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setakat Kurang RM100, Ramai Penduduk Britain 'Halalkan' Je Hutang Kawan

28-9-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2748| Komen: 17

Hampir separuh penduduk Britain didapati enggan untuk meminta semula wang yang dipinjamkan dalam jumlah kecil kepada rakan.

Penemuan itu diperoleh berdasarkan kepada satu tinjauan pendapat yang dilakukan aplikasi pengurusan wang iaitu Suits Me.


Sebanyak 45 peratus daripada 1,000 responden menyatakan mereka cuba mengelakkan perbualan tentang wang yang telah dipinjamkan kepada rakan.


Gambar hiasan

Pinjaman wang yang diberikan sebanyak £10 (RM57.32) hingga £15 (RM85.98) kepada rakan-rakan itu dilupakan begitu sahaja oleh si peminjam.


Sebanyak 87 peratus responden yang berusia antara 18 hingga 24 tahun tidak bersedia untuk meminta rakan mereka membayar wang yang telah dipinjam.

Namun, Pengarah Urusan Suits Me, Richard Lynch berkata, keputusan tinjauan pendapat itu menunjukkan sikap sopan rakyat Britain.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 28-9-2021 11:22 AM
Bukan sbb nk halalkan
Tp yang meminjam x reti bahasa.
Buat2 lupa.
Kalau mintak pun nnt jawapan die x de duit,
Walaupun baru lepas beli beg Birkin
Quote mclaren 28-9-2021 11:35 AM
Saya punya rule on nak pinjamkan duit kat orang is, it's the amount that I'm willing to lose.
In case peminjam tak dapat bayar sebab kesempitan hidup or just memang niat jahat nak pow, saya tak terkesan kehilangan jumlah tu.
Quote helicornia 28-9-2021 11:50 AM
takat RM10 Rm20 aku pun halalkan jugak
sbb dlm berita ni 10 pound, 20 pound
Quote hashashes 28-9-2021 11:54 AM
Laki aku settle kan hutang Along kawan dia, sampai sekarang senyap yach takde usaha nak bayar sikit2 monthly pun
Quote Kurex 28-9-2021 12:51 PM
Aku bagi pinjam setakat 100.. kalau 150 aku suruh orang tu bayar 50 kalau takde duit sgt
Quote kikuri 28-9-2021 12:55 PM
aku ade mmber sejenis pinjam rm50... pastu die bayar... pastu die pinjam...lepas tu die bayar...pastu pinjam...pastu bayar... die mcm letak kat aku rm50 nnti kalo xde duit die mintak kat aku... penah sekali die bayar duit aku pagi2 buta...pastu malam die pinjam balik


so aritu bos aku pnjam aku duit  sebab dia tak cukup duit... mcm mana aku nak mintak balik sebab dia mcm dah lupa
Quote mesmerize 28-9-2021 01:03 PM
bukan setakat kat uk kat mesia pun gitu setakat dulukan duit makan minum ramai yang halalkan aje ..
Quote monreyes 28-9-2021 01:06 PM
biasa mcm tu lah.. jumlah yg kau sanggup nak halalkan kekdahnya...
our fren ada juga hutang weolls 8 org 100 each.. dah mintak.. bagi sticker nnt muflis kat akhirat.. hadis bagai.. harammmm..
Quote Thunderclouds 28-9-2021 01:12 PM
I bg pinjam org duit mmg xkan mintak blk. Bukan kira halal,si peminjam patut tahu dia ada hutang yg lom lgsai tnpa i tagih dia byr semula. Dia tau malu,dia byr. Dia bangsa xtau malu dia acted like nothing happened (xdak utang ratus2 ngn i). Pastu bila mintak lg mmg xdak nk bg la dh. Hg kna takik along pn i tolong tgk ja.
Quote missus_meow 28-9-2021 01:15 PM
i ade org berhutang ngan i ... langsung hilang dr radar i ... entah nak bayar ke idak tak taulah ...
Quote mesmerize 28-9-2021 01:58 PM
biasa orang lelaki yg tak berapa rajin bayar hutang ni..
contoh dulu kawan ai kat univ, kirim beli kerepek berkilo2 dari kampung ai.. bila dah deliver kerepek kat dia, tanya harga pun tidak, apatah lagi bayar ..
pastu  kat opis, bila kita order food delivery, dia pun nak join sekaki.. bila dah sampai takde pun nak bayar harga makanan dia tu..  tanya berapa rm pun tidak .. tapi sebab semuanya melibatkan makanan.. ai halalkan je lah.. sebab kita pun ada juga orang belanja2.. tapi kita pastikan la orang tu betul2 nak belanja, tanya dulu harga dan kalau dia kata tak payah bayar, kita cakap terima kasih n minta halalkan.. bukan buat andaian sendiri..
Quote xy_daen 28-9-2021 05:15 PM
Anggap jelah sedekah... Besar pahala sedekah tu..


Duit bukan boleh bawak masuk kubur pun..
Quote edayildiz 28-9-2021 05:25 PM
i akan bg pinjam 100-200 jah in case dorg xbyr ok la sedekah jah..tp jarang org nk pinjam duit ngn i sbb i paling sendu
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 02:17 AM
Kalau iol,
Bawah 50, nevermind
Above 50, muka iol laa yang akan si penghutang jumpa dulu
I don't play about my money
I work hard for it, every cent.
Soal duit, hanya mak ayah iol je iol tak kisah.
Orang lain? Sorrrryyyyyyy, gimme my money back
Quote eyansss 29-9-2021 07:28 AM
kikuri replied at 28-9-2021 12:55 PM
aku ade mmber sejenis pinjam rm50... pastu die bayar... pastu die pinjam...lepas tu die bayar...past ...

boss aku pun sama...  siap dah bersara dah...  hahaha... padahal Dato' tu...  pening kepala aku dulu nak mintak...  
Quote eyansss 29-9-2021 07:29 AM
mesmerize replied at 28-9-2021 01:58 PM
biasa orang lelaki yg tak berapa rajin bayar hutang ni..
contoh dulu kawan ai kat univ, kirim ...

aku banyak kali kena camni tapi aku dah mula elakkan...  sebab orang camni sejenis amek kesempatan...  nanti kat mana2 n dengan siapa2 dia akan buat...
Quote eyansss 29-9-2021 07:31 AM
tapi dalam artikel ni sebut 10-15 pound…  bila convert je jadi  besar amount tu…

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.130427 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top