Seorang pesakit COVID-19 tahap lima berjaya diselamatkan, tetapi hilang ingatan dan gagal mengenali ibu sendiri. Ketua Pasukan Sukarelawan DAP Balakong, Lee Khai Ming berkata, enam minggu lalu, mangsa berumur 40 tahun itu mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke hospital.
“Kami mendapat panggilan daripada ibunya yang meminta bantuan. “Anak lelakinya yang dimasukkan ke hospital kemudian disahkan berada dalam tahap kelima COVID-19, lalu diberi rawatan dalam unit rawatan rapi,” katanya dalam satu perkongsian dalam Facebook yang dipetik China Press.
Kata Khai Ming, lelaki itu mula sembuh secara perlahan-perlahan sejak minggu lalu, tetapi menunjukkan tanda-tanda hilang ingatan. “Apabila petugas hospital menghubungkan lelaki itu dengan ibunya melalui komunikasi bervisual, lelaki itu seakan-akan tidak mengenali mak sendiri. “Ibunya juga berasa bimbang dengan keadaan anak yang tidak ingat apa-apa,” katanya. Lelaki itu sudah disahkan positif selama enam bulan dan masih berada dalam hospital kerana boleh menjangkit. Selepas sembuh sepenuhnya daripada COVID-19, lelaki itu dijangka tidak boleh balik rumah serta-merta, tetapi perlu menerima rawatan susulan di pusat rehabilitasi kerana menunjukkan tanda-tanda hilang ingatan. Sumber: MalaysiaGazette
|
edayildiz replied at 28-9-2021 08:20 PM
ada baca jgk kwn2 fb ckp dorg jd blur..kdg2 xberapa ingat..teruk ye..ex bf i kena kobid jgk ritu..tp ...
syamzana replied at 28-9-2021 08:39 PM
gf baru wajib la ingt.kat bekas gf je la terus lupa ingatan kot.hihi
btw, pesakiy ni dah 6bulan ...
ADVERTISEMENT